Dari SAHABAT buat SAHABAT

December 12, 2011






Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ni hani ada sedikit kisah untuk dikongsikan lagi. Semoga memberi manfaat buat semua ye. Tapi ingat ye, ini copy & paste je. hehe (:


Alhamdulillah hari ini kita masih diberi peluang menghirup udara yang segar dan menikmati secebis kurniaan Allah di muka bumi ini. Melihat siang berganti malam, minit-minit bertukar hari, hujan menyelubungi tatkala mentari terik bersinar dan debu2 pasir ke sana dan ke mari mengikut rentak ciptaanNYA.. Pabila kita menyusuri kehidupan pasti ada permulaan dan pengakhirannya. Begitu jua dalam perhubungan.. yang pabila Allah mengkehendaki kita bersahabat, maka terjadilah jalinan ukhuwah antara sesama manusia... dan apabila ALlah tidak mengkehendakinya.. terimalah dengan hati yang terbuka dan penuh keinsafan agar ketenangan diperolehi dan teladan yang baik dimiliki untuk terus tegar dalam melangkah dalam kehidupan yang masih belum menemui jalan akhirnya... Dan tinta hati ingin berkongsi sebuah kisah benar untuk direnungi dan dihayati bersama. Semoga mendapat manfaat dan menjadi pengakhiran yang baik buat kita semua.. i.ALlah...  


Dari Sahabat buat Sahabat


Tersenyum sendirian daku dihadapan komputer riba yang kusam. Kekunci papan komputer riba yang bertanda anak panah ke kanan kutekan selang 30saat. Setiap kali jariku  menekan butang itu,satu demi satu paparan gambar terpapar di layar skrin di hadapanku. Setiap satu paparan gambar berwajah itu menyembunyikan seribu kenangan dan peristiwa tersendiri. Memang tidak dapat kunafikan lagi, bahawa aku jua merinduinya.. aku merindui dia yang pernah menjadi peneman ketika aku sendirian, yang cuba kufahami sifatnya, yang kuhafal tingkah lakunya, yang sedia ada untuk sentiasa kuambil berat, pernah menangis dan ketawa bersama-sama..dialah seorang KAWAN… 

Bila teringat balik kisah ni, rasanya macam kisah-kisah dalam drama kat televisyen pun ada. Tapi nak ataupun tak, percaya ataupun tidak,ia benar-benar kulalui sendiri. Kisah ini ku tulis supaya si dia tahu isi hatiku dan apa yang ku rasa. Teringat kembali masa kami mula-mula bertemu, masa tu dia pakai baju kurung biru,begitu juga aku. Kami sama-sama masuk ‘audition’ untuk pertandingan pidato. Masa tu dia yang tegurku dulu dalam pelat-pelat cinanya. “u pun masuk pertandingan ni ka?” aku yang sedikit terkedu pun jawab je la “haah..awak masuk juga ke?” aku enggan mengalah untuk membahasakan diri saya dan awak. “yes..i pun masuk jugak”. Kami berbalas senyuman. Perbualan kami hanya terhenti disitu. Tapi yang pastinya, masa tu kami sama2 tak layak untuk menyertai pertandingan tu.. Xde rezeki nak wat camne kan....


Semester baru pun bermula, xdisangka kami dipertemukan kembali. Kebetulan kami mengambil kos dan dalam fakulti yang sama. Disinilah perkenalan kami menjadi lebih erat. Kemana sahaja kami pergi pasti berdua, di waktu makan, shooping, berjumpa pensyarah dan di mana2. Tambahan lagi, aku tak ramai kawan Melayu. Lagipun dalam kos ini kebanyakannya Chinese.. Melayu boleh dikira dengan jari. Pun begitu, kami gembira berkawan walaupun kami berbeza bangsa dan agama. Dia selalu ingatkan aku ketika waktu solat. Kalau kami nak beli makanan, dia akan tengok dulu tanda halal. Aku senang bersamanya. Memang dia banyak bertanya akan Islam. Kerap juga dia tidur denganku ketika kami study di bilik bersama-sama. Aku tidak lupa untuk menutup aurat. Dan dia juga faham bahawa aku perlu menutup aurat walaupun dia seorang perempuan.. Kerana dia non-muslim.

Hubungan kami memang sangat rapat. Namun, langit itu tak selalunya cerah. Dia sedar bahawa ramai kawan chinesenya tidak senang dia berkawan denganku serta ramai yang meminggirkannya. Aku juga sedar ketika aku bersamanya, ramai kawan-kawan Melayu yang memandang dengan pandangan yang sukar ku tafsirkan. Memang xdinafikan pelajar Chinese senang memahami ilmu intelektual dan maklumat. Kadang kala, si dia sering ketinggalan jika kawan2nya perolehi maklumat yang penting.  Rasa kasihan dan bersalah sering membelengu diri ini kerna dia diperlakukan seperti itu. Tapi dia cakap dia tak kisah. Jika ada tugasan tutorial yang perlu disiapkan, kami akan cuba sedaya upaya berbincang dan buat sendiri. Namun, nak ditakdirkan satu hari kami sama-sama tengah bbincang tugasan tutorial. Tapi, memang tugasan tutorial kali ni teramat susah hinggakan satu soalan pun tak mampu kami  selesaikan. Dia nampak sedikit berserabut. Tambahan pula dia seorang yang sangat bencikan kegagalan. Markah tutorial kali tu memang banyak.. Kalau kami tak dapat buat, pasti menjejaskan markah exam.. 

Disaat runcing tu, sekumpulan kawan-kawan Chinese datang mendekati kami. Mereka mengajak dia untuk pergi makan bersama-sama sedangkan kami baru saja makan. Tapi, dia setuju untuk pergi bersama mereka lantas meninggalkan aku sendirian. Aku agak terkedu kerana disaat genting seperti itu dia pergi meninggalkanku. Sedikit air mataku mengalir. Namun, aku tak beralah, aku cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan soalan itu sendirian. Tanpa aku sedari ada seseorang sedang berdiri dihadapan mejaku. Aku mengharapkan dia, namun yang ada adalah seorang kawan Melayu se kos dgnku. Aku melemparkan senyuman pedih. Kawan Melayuku itu bernama Ina cuba memujuk walaupun Ina tak tahu apa yang terjadi. Aku cuba menceritakan mslhku kpd Ina dan dia cuba untuk memahamiku. Ina membantuku untuk menyiapkan tugasan tutorialku yang tergendala. 


Setelah pulang dari menghantar tutorial, aku mendapat mesej dari dia.‘Hi, mus, saya terpaksa tinggalkan awak. Saya mintak maaf. Saya perlu siapkan tutorial saya. Hanya kawan-kawan Chinese saya yang dapat bantu saya. Saya tak mahu gagal. Maaf mus..kalau diberi peluang masa diputarkan kembali, kalau perkara ni terjadi lagi, saya pilih untuk lakukan benda yang sama iaitu tinggalkan awak dan sakitkan hati awak. Sorry.bye’ Tersentak aku setelah membaca mesej dari dia. Aku berasa sedih, tapi ku fikirkan kembali, aku patut lepaskan dia untuk mencapai kejayaan yang dia impikan. Aku sedar bahawa dia terseksa menghadapi hari-hari bersamaku. Aku menunaikan solat memohon pada Ilahi. Tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Aku membukanya. Terkedu aku apabila melihat dia dihadapanku. Matanya sedikit bergenang. “I'm sorry” tu je perkataan yang ku dengar lalu airmata ku tak dpat di tahan-tahan lagi.Setelah itu, kami masih lagi gembira bersama. Dia sedar bahawa dia telah menyakiti hatiku dalam dia tidak rela. 

Tidak berapa lama selepas itu, kami diuji lagi. Sehingga ujian terakhir untuk memutuskan tali KAWAN yang hampir rapuh. Ibu dia datang ke bilik ketika kami sedang sama-sama belajar. Aku mempelawanya masuk. Tapi dia tak mahu. Dia kelihatan terkejut dengan perwatakan dan pakaianku yang ditutup litup, terlalu berbeza dengannya yang berbeza agama. Saat itu, ibu dia tak berkata apa- apa. Namun, setelah beberapa hari berlalu, si dia tidak lagi datang kebilikku. Ketika di kelas, dia bagai mengelak dari bertemu denganku. Saat itu, sekali lagi aku berasa sedih. Namun, Ina hadir  menemaniku. Memujukku tanpa jemu serta menasihatiku. Setelah itu, aku cuba untuk berkawan rapat dengan Ina. Aku sudah tidak ipedulikan lagi si dia walaupun kadang-kadang aku sedar bahawa dia sering menjeling tatkala aku bersama Ina. Dia kelihatan tidak seronok bersama kelompok kawan-kawan Chinesenya. Tapi aku hanya berharap bahawa dia akan bahagia bersama kawan-kawannya.

Kini aku sudah rapat berkawan dengan Ina. Ina seorang yang sangat membantu dan penuh dengan nasihat. Mengenalinya amat istimewa dan suatu anugerah. Satu hari, aku menghantar post di status facebook Ina menandakan aku amat menghargainya dan sebenarnya menceritakan bahawa aku merindui si dia yang mungkin sudah melupakanku. Namun, apa yang aku dapati si dia ‘LIKE’ status itu menandakan dia juga membaca page yang aku tulis. Aku sedikit sebak. Namun ku tahan. Aku membuka page facebook si dia. Aku membaca status yang ditulisnya. ‘I don’t know why, but I feel lonely’…airmataku laju membasahi pip. Hatiku berdetik ‘if loneliness is your happiness, I’ll let you go’. Begitulah kami sehingga kini berdiam diri walaupun saling mengingati.Masih ku ingat dia pernah cakap pada ku “mus, kalau saya mati, you menangis tak?” tak semena-mena aku terus menangis. Dia cuba memujukku. “saya cakap kalaulah…kenapa awk nangis??janganlah menangis mus.. jangan buat rasa sayabersalah..awk dah banyak kali menangis sebab saya..im sorry mus” aku mengawal sebakku. Aku sedih kerana ketika itu dia tidak sihat..Bila mengingatkan kisah-kisah ini, hatiku sering terdetik. 

‘Jika awak perrnah cakap pada saya bahawa kalau masa diputarkan kembali awak akan pilih untuk tinggalkan saya dan sakitkan hati saya,saya nak awak tahu…kalau masa diputarkan kembali, saya akan pilih untuk lepaskan awak untuk tinggalkan saya dan biarkan awk sakitkan hati saya…sebab kalau diputarkan kembali masa, saya akan pilih kebahagiaan awak walaupun saya merana..’ 

lagu ni untuk awak yang bernama KAWAN…-si dia
untuk sahabat yang bernama teman..-Ina


Somewhere to find a friend like u..
Some how when ur around 
The sky is always blue
The way we talk the thing u say,
The way u make it all ok
And how u know,
How low my jokes
But u laugh anyway..

If I could wish for one thing
I’ll take the smile that u bring
Wherever u go in this world
I’ll come along..
Together we dream a same dream
What ever im here for u u here for me
Like two voices one song..
And when u where u are
U know I’ll be along
And when u call my name
Im listen to the sound..

If I could wish for one thing
I’ll take the smile that u bring
Wherever u go in this world
I’ll come along..
Together we dream a same dream
What ever im here for u u here for me
Like two voices one song..

p/s : Semoga mereka kembali menjalin persahabatn nan suci... kerna ukhuwah itu anugrah ILahi yang sukar untuk dicari jika bukan benar2 bermaksudkannya... Hargailah sebuah persahabatn jika tidak mahu kehilangan baru kte belajar utk menghargai.... Salam persahabatn buat semua.... Untukmu Sahabat Klik Sini


p/s : hargailah walau sesiapa pun sahabat kita . tak kira bangsa mahupun agama kerana kita datangnya dari satu rumpun . hargailah mereka sebaik-baiknya sebelum mereka pergi sehingga kita tak dapat melihat wajahnya, mendengar suaranya dan berjalan disampingnya .  ~Hani Suhaila~

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...