Hanya Satu Ungkapan Buatmu

December 09, 2011




orang kata,
jika kita menyayangi seseorang,
tidak semestinya dia perlu kita miliki.

orang kata,
kalau hati menyayangi  si dia,
biarlah dia bahagia disamping orang yang disayanginya.

walaupun hati terluka,
melihat kebahagiaan dia bersama orang lain,
tetapi kita telah berjaya..
memberikan sinar kebahagiaan untuknya.

walaupun kita berkorban soal hati,
tapi percayalah,
Allah akan sentiasa membantu hambanya,
yang berkorban demi kebahagiaan orang lain.

meskipun susah untuk kita lupakan,
percayalah..
jika dia jodoh kita,
dia akan menjadi milik kita selamanya.. :')

doa yang aku titipkan,
semoga kamu terus mengecapi kebahagiaan,
walaupun suatu hari nanti kita jauh terpisah,
tapi ingatlah, aku yang pernah menyayangi dirimu.

jangan kau risau,
sayangku buatmu sukar untuk dimusnahkan,
semakin aku cuba melupakan, 
semakin dekat dia menemani hari-hari ku,

makanya, aku meletakkan dirimu,
ditempat yang paling istimewa dihatiku ini,

andai suatu hari nanti kau teringatkan aku,
ingatlah aku sebagai orang yang pernah kau sayang,
tapi, jika kau teringatkan aku kerana kekuranganku,
jangan pernah mengingati diri ini. :')

jujur aku katakan,
perasaan sayangku buatmu,
datangnya bukan dari paras rupa,
tetapi,dari hati yang ikhlas untuk menyayangi dirimu.

hanya satu ungkapan buatmu,
diriku menyayangi dirimu dan tidak mustahil
mencintai dirimu kerana Allah. :')


salam sayang,
 Hani Suhaila 


You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...