CLICK SAYA !

Monday, May 5, 2014

Happy Belated Birthday. Hani

Assalamualaikum :)


haaaa, dah lama punya cerita. dah dekat 2 bulan berlalu, baru lah Hani nak update pasal birthday Hani hari tu. haha. sedih betul kan, tak sempat punya pasal. ok tak apa, at least Hani dah ada masa sesuai untuk update kannnn :) birthday tahun ni di sambut dengan penuh kegembiraan dan banyak gila surprise. serious talk, memang tak pernah terfikir pun ada kawan-kawan yang sudi spend duit banyak-banyak, semata-mata nak buat birthday ni. haha :D

Hani ingat, prank orang untuk buat surprise dekat birthday boy/girl hanya wujud dalam drama je. rupanya realiti pun ada. haha. ni nak cerita, dua hari sebelum birthday Hani tu, Shira ada tanya "Hani, roommates kau tak ada nak buat makan-makan ke untuk birthday kau?," dan Hani pun cakap "nak buat apa? membazir je kot! wish je dah laa.," haha. Shira pun senyum je. 

lepas tu Izmil ada call, sebelum end call tu dia ada cakap "akan ada satu hari nanti hang balik bilik, roommates hang semua tak ada. tapi hang akan rasa happy lah..," Hani jadi takut, roommate semua tak ada ? pergi mana? haha. lepas tu dia gelak dan end call. ohhh. pening. sampai lah 13 Feb 2013. masa ni ada mentor mentee. ingat lagi :) lepas habis mentor mentee, Hani keluar dewan kuliah dengan niat nak jalan-jalan dekat KMJ untuk try DSLR yang Hani pinjam dari Sol sebab esok tu ada pertandingan photography. masa ni nampak Izmil, Shira dengan Din rushing gila. pergi koperasi lepas tu beria-ia nak hantar Hani balik blok. tak pernah buat perangai macam tu.


tapi Hani cakap "ehhh tak apa, aku nak pergi jalan jap!..," haha. tak terfikir apa pun masa ni. diorang macam resah gila. lepas tu Izmil kata nak pergi masjid. ohh pergi je lah, apa masalah? haihhh. dah jalan-jalan tu, ada kawan panggil ajak lepak kejap. borak-borak sekejap lepas tu nampak Muzamil lalu. dia punya sakan gelak sebab nampak Hani. hmmm. pelik lagi? tapi gelak je lah bila dia buat lawak bodoh dia dari jauh. haha. sambung balik jalan dan tetiba Muzamil mesej "amboi diaaa. jumpa esok ye!..," dan Hani dengan peliknya, jumpa esok? biarkan dan terus balik bilik. 

malam tu keluar kejap pergi bergambar pakai camera orang. haha

esok tu (14/02/2013) pagi-pagi dah bangun! siap-siap semua terusss pergi Dewan Kuliah Besar 2. sebelum tu mintak Maysa belikan Nasi Kandar kot? sebab dia nak outing dengan Rabi. hmm hmm. tengah haru tu balik sebab rehat 2 jam. balik je tengok Maysa dengan Rabi tak balik lagi. so, Hani pun charge lah battery DSLR dengan HP. Maysa dengan Rabi balik je, terus sambar nasi tu! haha. Lala pulak buat-buat tak ingat birthday Hani. dia kata sorry sebab lupa bla bla bla. Hani blur~
dah makan semua tiba-tiba je Farisha dengan Farah datang bilik bawak roti + tuna dengan bag 'Happy Birthday' haha. lawak betul. enjoy kejap lepas tu sesiap balik sebab nak kena pergi DKB balik. 


dah habis semua program tu. Hani balik bilik, tengok tak ada orang! Hani pun whatsapp lah diorang. Rabi cakap ada meeting, Lala tengah masak dengan Ceci, Maysa katanya tengah jumpa kawan. hmmm. bosan! call Izmil, dia kata dia busy. kejap lagi call balik. Call Shira, tak jawab. ended up, call kawan sekolah. tiba-tiba Shira call. Hani tak angkat sebab tengah on the phone dengan ex-classmate. Bila Maysa call je, Hani hold call kejap lepas tu angkat call Maysa. 

tetibaaaa, Maysa nangis jerit-jerit. pelik! dia suruh datang dekat One Stop Center masa tu jugak! pehh, dia punya kelam kabut, Allah je tahu. nak turun tangga pun kaki menggeletar. risau punya pasal. on the way nak ke sana tu, Muzamil pulak mesej dok tanya "adik comel buat apa tuu.," haha. sengal! Hani cuma reply "nanti orang mesej balik ni. ada emergency..," dia dok reply "emergency apa adik manis?," yang ni sempat lagi Hani gelak. haha. tapi tak reply dah. haiyoo. 

sampai je sana, Maysa tengah nangis. muka merah. yang tak menahan tu, Hani duduk sebelah kiri dia. dia paksa Hani duduk sebelah kanan dia. dalam hati "apa beza aku duduk sini dengan aku duduk sana?," tapi abaikan je. dia cakap dia sedih lah apa lah. tetiba, dengar lah suara-suara enak dari belakang nyanyi "Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Haniiii...," haha. nampak lah Lala, Rabi dengan Akmal bawak kek. lepas tu Akmal bagi pisau kek. pusing belakang nampak Shira?? pusing kanan, nampak Izmil?? haaaa, yang ni jerit sakan! patut laaa orang call dia kata busy. busy nak prank aku rupanya. semua gelak. haha.



lepas tu keluarlah Din...dan Muzamil.. haha. amboi semua main pakat-pakat ni. nak nangis tak dapat nak nangis dah. muka senyum je tapi ALLAH je tahu rasa hati ni. tak sangka dihargai sampai macam ni sekali. sedangkan Hani ni cuma sahabat yang biasa je!

keluarga besar :'D

keluarga besar yang sangat sabar dan suka memanja kan cik Hani. ngah ngah.

abang-abang sado handsome. ngah ngah. sado ke? :D


roommates + bestfriend terchentaaa :D



abang-abang sado yang suka manja kan mek ni. haha :D 
nak apa semua dapat. nak roti canai, lauk untuk lunch, burger, air kotak, roti john.. tak pernah tak dapat.  kesiannn, kena buli dengan saya! muahaha :D

enjoy, makan-makan. sambil tu bercerita. Shira cerita, dia saja je nak bagi hint sikit sebab tu dia tanya roommates tak ada nak buat surprise ke? padahal diorang dah prepare awal-awal. Izmil pulak cakap macam tu sebab tu lah yang dia maksud-kan. balik bilik dan tak ada orang tapi Hani akan rasa happy. yep! betul :) Lala pulak sebenarnya buat-buat lupa. padahal tak punnn! :D dan adalah hadiah yang Hani dapat :') dengan hand-made card dari mereka. haihhh. sayu tengok dan baca :D



ada jugak angah hantar hadiah dekat matrik :)


okay. habissss. tu lah surprise yang Hani nak cerita tapi baru ni dapat menulis dengan lengkap! haha. lepas ni tunggu pulak post pasal habis pengajian di matrikulasi. heee



okay, sebelum tu nak tunjuk sikit hasil kerja tangan Hani yang dikagumi oleh juri. heeee :D



ok tu je :)
bye, Assalamualaikum!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila