BBQ at KMJ

March 21, 2014

Assalamualaikum :D haiii :)

pehhh, lama gila Hani tak update kan? macam biasaaaaa, ada beberapa pembaca setia (kot? hehe) dah tanya dekat twitter, facebook dan ada yang tanya depan-depan bila Hani nak update blog lagi. hehe. rasa terharu gila bila ada yang tanya dan ada yang kata "bila eh Hani nak update blog lagi? suka baca blog Hani..," hehek. class-mate pulak ada yang cakap "Hani, kau tak update blog ke??," haha! soalan diorang, biasanya Hani akan balas "In Shaa ALLAH, nanti update. busy lahhhh..," heee. diorang pun faham, Alhamdulillah.

so, here I am! ngee :D Hani banyak benda nak update, beratur tajuk nak update ni tau! tapi untuk hari ni Hani nak update pasal BBQ praktikum Hani. muehehe! ok, masa mentor mentee minggu lepas (13 March 2014) kami sekelas duduk semeja, bincang pasal BBQ ni. kerja dah dibahagi-bahagikan dan Hani jadi AJK aktiviti. penat otak dok perah nak fikir game apa nak buat masa tu. hehe. tapi tak sempat main gameeeeee :( sebab kesuntukan masa. haihhh, tapi tak apa! tetap enjoy!

oh ye, kat sini Hani belajar untuk buat kerja secara sistematik? iyeke? haha! maksudnya kena rancang sesuatu tu betul-betul lah. nak buat BBQ jer pun, tapi kami bahagikan pada beberapa kumpulan untuk agihkan kerja. 

* AJK makanan
* AJK aktiviti
* AJK bahan
* Master of Ceremony (MC)

dan paling best, semua buat kerja masing-masing dan masa memasak tu, AJK-AJK yang tak berkaitan pun datang tolong. wahhhh. hehe. ni tips ye! pastikan masing-masing buat kerja sendiri dulu, baru tolong kerja orang. hee :)

ok, tentatif program dia macam ni....kami dah mula pergi tempat BBQ lepas Asar. pukul 5ptg tu Hani dah turun blok. tunggu Shira ambil payung, lepas tu pergi masjid (masjid tu depan blok Hani je. dekat gila. haha) sebab nak ambil Izmil. ohh ye! masa ni hujan lebat gila-lah. actually, dalam pukul 4:00ptg tu dah mula hujan. memang lebat gila, dah lah hujan lebat, angin kuat pulak tu. masa ni Whatsapp memang bising gila. semua risau takut tak jadi program petang tu. hmmmm. tapi semua doa harap hujan reda. at least, mudah untuk kitaorang semua pergi tempat BBQ. dan akhirnya reda sikit.

ok, berbalik pada cerita nak ambil Izmil tadi. haha! Hani dengan Shira bawak payung sorang satu. sampai masjid, pass payung dekat Izmil. lepas tu jalan pergi tempat BBQ. haaa, kat sini menyirap sikit. haha. punya lah excited nak pergi situ, sebab ingat dah ramai orang. sekaliiii, bila sampai sana...............tak ada orang. haha! rasa nak gelak masa ni. sebab mati-mati ingat dah lambat. haihhhh. dan tiba-tiba pulak Shira nak pergi cafe'. ok then, just go! yang tak menahan ni, ada cikgu park kereta dekat situ lepas tu ingat Hani dengan Izmil dating. pehhhh. memang tak lah! haha. explain punya explain, baru cikgu faham. haiyo -_- lepas tu baru lah budak dari blok D turun. haihhhh. haha. dan ramaiiiiiii dah :)


manusia paling awal sampai. haha xD

bila barang basah sampai, terus siap-siapkan dia. oh ye, kami bukan guna ayam jer. tapi ada hot dog, fishball, coslow dengan cocktail. ni semua AJK makanan punya rancangan. weee :) siap-siap kan bahan semua, dalam pukul 7:15pm, hani balikkkk. nak Maghrib. manusia-manusia tertentu jer tinggal sana sebab nak uruskan yang lain. bila datang balik dalam pukul 8:00pm tu, ayam semua benda tu dah banyak dah dibakar. cepat gila diorang buat kerja. wuuu. hehe. 






masa ni Izmil sibuk suruh Hani fikir nak tulis ayat apa dekat class-mate kitaorang sebab kami ada buat pertukaran hadiah. weee. tapi specialnya, tak ada sorang pun tahu kita akan bagi hadiah dekat siapa dan siapa yang akan bagi hadiah dekat kita. kena cabut undi dan kena rahsiakan. pehhh. menarikkan? cuba tau! heee :)




dah siap masak semua, mentor suruh makan dulu. lepas baca doa, terus semua menderuuuuu makan. haha. lapar punya pasal. hehe! Hani masa ni memang manja gila dengan Shira dengan Izmil. haha. kejap kejap cakap dekat Izmil "nak ayam lagiiiii..," Izmil pun pergi lah ambil. lepas tu dekat Shira "Shiraaa.. nk sos! hee..," Shira pun pergi ambilkan. wehehe. memang sweet jer dua orang ni layan Hani. bila hotdog Hani dan habis. Hani cilok Izmil punya. haha. lepas tu Izmil bebel "ehh hang ni, jangan makan banyak-banyak. montel sat g..," haha! selalu macam tu. tak bagi hani makan banyak. hmmmm. tapi malam tadi memang tak kira dah! rembat jugak. haha!



siap makan~!
masa untuk tukar hadiahhhhh. and guess what? Hani dapat jam tangannnnnn! benda yang Hani nak cari. warna dia cantik, kena dengan cita rasa Hani. pehhhhh! actually, jam Hani yang pink tu dah rosak. Hani tunggu masa jer nak beli jam baru. tup tup, dapat! haha. seronok gila lahhhh. peluk-peluk budak yang bagi tu. haha. memang suka tahap maksima. weee :D Shira dapat hadiah daripada mentor, dia dapat box yang western design tu. memang lawa gila. semua jeles! haha. Izmil pulak dapat jersey FIFA warna merah. tu memang dia nak! tiba-tiba dapat. hebat betul budak-budak ni stalker. haha

I got watch, and he got jersey. wuuu :D


thanks AKMA! :D

dan ada cabutan bertuah tauuuu. tapi hani tak dapat. haha.lepas tuuu, Fatin Afiqah ada tulis something macam last messages untuk kami sekelas. meleleh air mata dok baca. haha. sedih gila. o ye, lepas cabutan bertuah tu kami buat buka hadiah. mula dengan mentor dulu, lepas tu ketua praktikum semua. memang gelak-gelak. hadiah semua gempak-gempak. fuhh fuhh!

dari Fatin Afiqah :) bapak sedih gila baca. haha

dan acara last sekali untuk malam tu. potong kek! Chocolate Indulgence dari Secret Recipe. memang sedap gila. sorang dapat satu slice. heee. dah siap makan, apa lagi? kemassss! limit sampai pukul 10:30pm jer. pukul 11:00pm dah kena clear. semua kena balik. haha! oh ye. sebelum tu, bergambarrrrrrr :)


MT5 crews~!

Mdm Fadiah :)


kanak-kanak riang excited nak potong kek. haha~!

dah kemas semua, balik lah. masa nak balik ni memang muka bahagia jer semua. senang kata semua tak ingat dunia. haha. bahagia gila. memang enjoy! sampai ada yang kata "jangan ingatkan homework dekat aku..," haha! memang superB gila. mungkin sebab dah rancang awal-awal dan lagi satu sebab class-mates semua bekerjasama dengan baik. Alhamdulillah. heeee.

okay, tu jer yang Hani nak share setakat ni. Hani nak share pasal birthday Hani hari tu(14/02/2014) diorang buat surprise. pehhh. tapi tak sempat lah pulak. next time ye? harap-harap ada masa yang sesuai. In Shaa ALLAH. Hani dah update! thanks sudi baca blog Hani nieee. hehe. semoga kita sentiasa di bawah lindungan Dia yang Esa dan Hani harap tips yang Hani bagi tu berguna untuk semua :) In Shaa ALLAH.

bye, assalamualaikum! :D

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...