Aku Cemburu Pada...

May 26, 2014

Assalamualaikum :)

at first, entry ni bukan nak cerita cemburu pada sesuatu yang tak sepatutnya, contoh? cemburu atau iri hati dengan kebahagiaan orang lain, cemburu dengan kelebihan yang orang lain ada, cemburu pada pasangan (eh?) :D 



sebenarnya entry ni nak cerita pasal, Aku Cemburu Pada Lelaki Muslim yang Tidak Sedar Kelebihan Mereka. kenapa? dunia masa kini, kita nampak dan kita semua sedar kebanyakkan golongan lelaki atau kaum Adam ni semakin hilang dan semakin berkurangan di pusat-pusat pengajian tinggi, di masjid, di majlis-majlis Ilmu sedangkan jika mengikut statistik di Malaysia, golongan Lelaki ini lebih ramai berbanding golongan perempuan. tapi ke mana mereka semua? 

jawapan terjawab..
siapa yang memenuhi penjara-penjara terbesar di Malaysia? - Lelaki
siapa yang mengambil dadah dan berada di bawah jambatan? - Lelaki
siapa yang memenuhi pusat-pusat serenti di Malaysia? - Lelaki
siapa yang menjadi pencuri/pengganas/perogol bersiri masa kini? - Lelaki

jadi? dapat di simpulkan bahawa golongan Lelaki sememangnya ramai, tapi mereka salah menginfakkan diri dan jauh terpesong dari jalan yang sebenar (jalan ALLAH). tapi bila di lihat ceramah-ceramah di tv.

siapa yang menjadi pendakwah terhebat? - Lelaki
siapa yang sering menyedarkan anak muda agar kembali pada jalan ALLAH? - Lelaki
siapa yang sering mengadakan majlis-majlis Ilmu? - Lelaki

tapi penglibatan Lelaki dalam dunia dakwah sangat sedikit. sedih. saya sebagai perempuan, kadang-kadang rasa cemburu dengan Lelaki. sebab? mereka sebenarnya punya kelebihan yang ALLAH ciptakan. kenapa ALLAH ciptakan lelaki? antara sebab-sebab yang dapat saya huraikan sedikit di sini mengikut pandangan saya, ALLAH ciptakan lelaki untuk menjadi pendakwah di muka bumi milik DIA. ya, perempuan juga tugasnya untuk berdakwah. tapi apa beza antara dua jantina ini?

Lelaki, mereka lebih selamat dalam kerja dakwah dan diri mereka adalah tanggungjawab mereka sendiri? maksudnya, mereka tidak perlu di pantau secara ketat oleh ibu bapa jika niat mereka benar. sebagai contoh, jika mereka dalam keadaan musafir, mereka boleh tumpang tidur di masjid-masjid dan mudah bagi mereka untuk mengurus diri di situ. 

Almarhumah Siti Hajar

tapi jika perempuan? mereka perlu meminta izin dari ahli keluarga (ibu dan ayah) jika belum berkahwin. jika sudah berkahwin, perlu meminta izin dari suami. jika diizinkan, mereka perlu dipantau oleh Muhrim agar tidak ada perkara buruk terjadi pada diri mereka. nampak kan berbezaan mereka?

saya cemburu kerana, kebanyakan lelaki tidak tahu menggunakan peluang yang ada. mereka boleh infakkan diri ke jalan ALLAH sepenuhnya. tapi kebanyakkan mereka merosakkan diri dan mengejar keindahan dunia semata-mata. Lelaki, bangunlah! diri kita sepenuhnya milik ALLAH. hidup mati kita kerana ALLAH, dan kerana ALLAH izinkan juga kita ada di dunia ni.

saya cemburu kerana saya tak mampu untuk mendapat pelepasan seperti lelaki, yang bebas ke sana sini untuk menjalankan aktiviti dakwah. sedangkan nak pergi beli barang-barang keperluan pun perlu mendapat izin dari seorang ibu, apatah lagi nak keluar dari rumah dan ke sana sini untuk dakwah? pernah terlintas di hati dan meminta keizinan seorang ibu, tapi hati seorang ibu sangat risau bila anak perempuannya keluar rumah walaupun untuk melakukan kerja amal. 

tahu kenapa? kerana perempuan itu lemah. niat kita memang baik, tapi niat orang di luar sana? siapa yang tahu? saya selalu mencari peluang untuk ikuti majlis-majlis ilmu di mana-mana. tapi bila seorang ibu mengatakan TIDAK. apa boleh di buat? memang, sedikit rasa sedih dan kecewa bila tak di izinkan. tapi antara majlis ilmu dengan redha seorang ibu, mana yang perlu di utamakan? anda sendiri punya jawapan :')

tapi bila lihat jiran-jiran sebelah yang ada anak lelaki. sahabat-sahabat lelaki yang update di Facebook, Twitter, Instagram mereka. mereka ke sana ke sini ikuti majlis-majlis ilmu dan kerja amal. cemburu. mudah mereka mendapat pelepasan dari keluarga. LELAKI, anda tak cemburu ke? melihat lelaki-lelaki hebat di luar sana menjalankan kerja dakwah? tapi anda hanya di rumah, berpeleseran di sana sini tanpa hala tujuan. menghabiskan masa dengan melakukan kerja yang sama (bangun tidur, makan, berhibur dan kembali tidur). setiap hari rotate perkara yang sama?

tak nampakkah kita dengan saham akhirat yang sahabat-sahabat kita lakukan di dunia ni? sedar tak kita? bila kita nak capai title 'Al Fateh' di mata ALLAH. tak cemburu kah kita dengan pemergian As-Syahid Ahmad Ammar yang penuh dengan bunga-bunga harum yang menunggu beliau di Syurga? tak cemburu kah? :'( 

jujurnya, bila terbayang As-Syahid Ahmad Ammar bangkit dan berpegangan tangan bersama-sama Abu Ayub Al-Ansari untuk ke padang Mahsyar nanti. air mata mengalir sedikit, beruntungnya beliau. bertuahnya beliau. pembaca dapat rasa tak apa yang saya rasakan? MasyaALLAH, cemburu, sayu, terharu semua ada. 

As-Syahid Ahmad Ammar

mungkin ada yang kata, 
"kalau aku berubah, tak ada orang nak kawan dengan aku,"
"kalau aku berdakwah, tak ada siapa nak dengar,"
"kalau aku buat baik, orang kata aku pura-pura. lepas tu kalau orang tolak ajakan aku (yang baik), nanti aku kecewa,"

tak dinafikan, saya pun mengahadapi perkara yang sama. tapi Hilal Asyraf ada sentuh soal ni. katanya
"kenapa perlu fikir hasilnya jika kita tak mulakan? tak mulakan, macam mana nak nampak hasil?,"

terdiam. benar kata beliau, yang penting niat. ALLAHUAKBAR. 
ALLAH pun ada janji, jika kita cuba berubah, ALLAH akan hadirkan orang-orang yang baik untuk kita semakin bersemangat untuk berubah :')

kita kejar redha ALLAH
pegang kata-kata beliau.


jadi kaum lelaki, kaum Adam juga kaum wanita, kaum Hawa. saya tak tahu nak menegur bagaimana, nak beritahu bagaimana. hanya dengan tulisan ini saya mampu coretkan sebagai pengajaran. hanya dengan tulisan ini saya cuba untuk berdakwah. ini adalah sekecil-kecil dakwah yang saya mampu. semoga ALLAH buka pintu hati kalian untuk bangkit. jika anda sayang dengan generasi muda sekarang, terutamanya lelaki. sebarkanlah kehebatan seorang LELAKI Muslim yang tidak terdapat pada wanita Muslim. agar kita sama-sama mengejar cinta ALLAH tak kira bangsa atau jantina asalkan kita sama agama! Islam!

ingatlah, sahabat-sahabat kita yang hebat berdakwah itu juga mungkin ada dipersoalkan apa tugas mereka di dunia. apatah lagi kita yang tidak melakukan apa-apa? Wallahualam :')

Mari Menjadi Hamba


You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...