Everything I Want....

May 02, 2013

Assalamualaikum! ;)

haaa, sini sini nak cerita sikit. Masa dekat PLKN hari tu, badankan tak berapa nak sihat dan demam-demam. Boleh pula terfikir nak minum air tebu yang fresh! Bukan air tebu yang dalam kotak dan jual dekat koperasi tu tau. Harap sangat anda memahami, heee :) Lepas tu teringin sangat nak makan ayam masak merah.

Masa makan tengah hari, pergi dewan makan. Lauk hari tu pula ayam masak merah, rasa macam langkah kanan sangat! Bila dah rasa sikit ayam masak merah tu, ermmm :( Tak sama macam yang mak masak.. Selera mati sikitlah tapi makan juga sebab memerlukan tenaga. Minggu keempat tu dah mula demam-demam bagai. Tapi sehari jer, minggu kelima dah dekat-dekat nak balik tu. Boleh pula demam lagi, demam teruk sampai kena masuk air tu-kan? Hani dah cerita dekat post yang lepas, nanti review yer ;)

Balik jer rumah, mak masakkan sup ayam. Makan sikit sebab nak makan ubat walaupun tak selera. Esok pagi, mak beli ayam. Hari kedua, mak bawa pergi Klinik Al Azim, sebab hani boleh jalan dengan ubat daripada doktor yang berbayar sahaja. Doktor kerajaan, dia lambat sikit. Mak pun dah faham sangat! heee :P Doktor tu cakap dekat mak "dia boleh makan apa sahaja, apa dia nak makan, bagi je yerr.." 

Tapi masa tu tak fikir apa-apa dah! Sebab suhu badan terlalu tinggi dan badan sangat lemah. kesiannnn sangat tengok diri masa tu, tak terurus :( Lepas balik rumah, mak masakkan ayam kurma. Tu memang ayam kesukaan, tapi tak ada selera. Walaubagaimanapun cuba untuk dihabiskan sebaik-baiknya! hehe.. Malam tu pula, mak tanya "esok nak masak apa eh? ayam ada..," 

Spontan hani jawab "ayam masak merahlah mak, sedap..," jawab dengan nada tak ada perasaan dan tahan sakit. Esok pagi bangun, tengok mak tengah siap-siapkan bahan masakan. Mak suruh pergi mandi sementara mak nak masak. Gagahkan jugalah diri untuk mandi walaupun badan masih lemah! hehe. Rasa macam dimanjakan pulak :P Lepas dh siap mandi, serba-serbi dah siap! Terus mak suruh makan, yang paling mengejutkan ialah, mak buat ayam masak merah! Walaupun selera tak ada, tapi bila tengok ayam masak merah, selera tu memanggil-manggil untuk makan. ngeee :D

Tengah hari pula, mak tiba-tiba masuk bilik bawak air satu besen. Dalam besen tu air, asam jawa sikit dengan daun bunga raya. Mak godak-godak lepas tu sapu kat satu kepala. Sejukkkk sangat masa tu sebab badan panas sangat. Lepas tu mak ambil kain, rendam dalam air tu, perah dan letak atas kepala. sekejap jer dah kering. Nampak sangat terlalu panas. Esok pula dah OK sikit, pergi rumah kawan sekejap (Marina) sebab nak tumpang print borang-borang untuk ke Matrikulasi. 

Balik dari rumah Marina tu, singgah sekejap dekat warung sebab teringin sangat nak minum air tebu! Belilah air tebu dua sebab mak ada dekat rumahkan. hehe. Rasa sedapppp sangat tekak dapat minum air tebu fresh! Tak ada bahan kimia. Syukur pada-Nya sebab tak ambil nikmat-nikmat yang sangat kita perlukan iaitu lidah yang kita gunakan untuk berzikir dan merasa makanan ;)

kasihnya ibu membawa ke SYURGA :)

Klimaks cerita :

sebab diberi tajuk "Everything I Want...." ialah segala apa yang diingini semasa cuti semester PLKN ni dapat dipenuhi. ALHAMDULILLAH!

1) Makan ayam masak merah (mak buat)
2) Manja-manja dengan mak masa cuti! :P
3) Nak minum air tebu fresh! :3
4) Nak uruskan semua hal pasal matrikulasi
5) Jumpa rakan-rakan yang sempat
6) Baik dari demam dan ada suara kembali

alhamdulillah, semua ini rasanya sudah dapat dilakukan dengan baik. Hari Sabtu ni, akan pulang semula ke PLKN Pagoh. Harapannya tak akan sakit dah! Terus kuat dan semangat! In Shaa ALLAH. Itu sahaja nak share ;)

bye, Assalamualaikum :3

You Might Also Like

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...