Bye Kem Pagoh, Hye KMJ :)
May 27, 2013
Assalamualaikum :)
Disebabkan kesibukan yang melanda selepas pulang daripada PLKN, hani mohon seribu kemaafan sebab tak dapat meluangkan masa untuk meng'update' post-post terbaru untuk tatapan semua. OK! Mula-mula hani nak cerita yang hani dah tamat Program Latihan Khidmat Negara pada 23 Mei 2013. Sebenarnya, PLKN Kumpulan 2 Siri 10/2013 belum menutup tirainya dengan rasmi. Tarikh sebenar penutupan tirai PLKN Kumpulan 2 ini pada 21 Jun 2013.
Tetapi, bagi pelatih-pelatih yang mendapat tawaran belajar dan ingin meneruskan pelajaran masing-masing. Mereka diberi keistimewaan untuk menghabiskan latihan mereka dengan lebih awal berbanding yang lain iaitu pada 23 Mei 2013 :) Salah seorangnya ialah hani sendiri :D
Mula-mula masa di PLKN, memang tak seronok! Rindu rumah, rindu mak dan rindu semua benda yang ada dekat rumah. Tapi minggu ke 5 selepas mendapat cuti sem dari PLKN. Hani dah fokus untuk enjoy di sana sebab hani hanya ada masa 3 minggu untuk enjoy sehabis mungkin sebelum hani akan ke matrikulasi dan di situ, no time for enjoy. Just focus on my study :) Itu yang hani dah aim lepas cuti sem PLKN tempoh hari.
Tapi adat kehidupan dan lumrah manusia, bila sesuatu itu dah nak berakhir barulah kita akan hargai perkara tersebut. 23 Mei 2013 hani dan 118 pelatih yang lain di iktirafkan sijil TAMAT LATIHAN dan PELEPASAN awal oleh pihak JLKN dan ditandatangani oleh Menteri Pertahanan Negara, Dato' Seri Zahid Hamidi tetapi disampaikan oleh TKP :)
kompeni Charlie pada Majlis Perpisahan dan Tamat Latihan
Pembaca ikrar yang dipercayai ramai, iyeke? In Shaa ALLAH :)
Selepas itu kami ada sedikit majlis perpisahan, masa ni memang masa untuk kami menangis! Rasa sebak nak tinggalkan kawan-kawan yang hampir 2 bulan berkongsi bilik, katil, makanan dan macam-macam lagi. Susah nak jumpa teman sebaik dan sehebat mereka terutamanya kawan-kawan yang sama dorm dengan hani. DORM 16! :)
Lepas habis majlis perpisahan, pelatih yang nak balik perlu memulangkan pakaian loreng dengan spike boot. pakaian-pakaian yang lain macam baju kelas, kasut kelas, pakaian PT semua boleh bawa pulang ke rumah. Itu dijadikan sebagai kenangan buat kami semua :') Lepas dah pulangkan semua barang-barang tu, kami diberikan telefon bimbit masing-masing. Masa ni lah kami gunakan untuk menangkap gambar-gambar kami buat kali terakhir.
muka berlagak sebab dapat pelepasan awal :D
novelis remaja kita, Hasif Hamsyari :)
Lepas tu lepak bersama-sama dengan kawan-kawan buat kali terakhir. Sedih sangat masa tu! Wira dan wirawati sama-sama menangis dan berbual buat kali terakhir sebelum berjauhan. Muka semua sedih sangat waktu itu :') kami semua dah macam adik-beradik. Tak ada perasaan lebih selain perasaan sayangkan mereka sebagai adik beradik sendiri. Tak ada lahir rasa cinta antara mereka sebab kami menghormati antara satu sama lain, saling menjaga antara satu sama lain.
Ada tu, walaupun lain kompeni tetapi sikap bertanggungjawab ke atas kawan masing-masing sangat di titik beratkan. Itu yang sangat menyentuh perasaan. ALLAHURABBI :')
OK, cerita PLKN kalau diceritakan memang tak akan habis. Jadi hani stop di sini dan teruskan tentang KMJ di mana, hani akan mendaftar esok (27 Mei 2013).
Lets story about KMJ.
KMJ atau nama panjang dia Kolej Matrikulasi Johor. Bila duduk sorang-sorang hani terfikir, impian hani semakin hampir. Impian hani untuk masuk ke matrikulasi diizinkan oleh ALLAH, syukur tak terkata kepada-Nya.. dan tugas hani adalah belajar, belajar dan terus belajar supaya hani boleh score! Kalau diizinkan, hani cuba untuk dapatkan 4# untuk kedua-dua sem supaya impian hani ke arah kedoktoran tu semakin dekat dan rapat! Cuma tinggal untuk melangkah sahaja :) In Shaa ALLAH!
Barang-barang semua dah siap, beg kuliah, pakaian kuliah dan barang-barang peribadi yang lain semua dah tersiap sedia! Tinggal nak masukkan dalam kereta dan mendaftar di sana. Mudah-mudahan perjalanan untuk ke KMJ dipermudahkan dan selamat sampai serta segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. In Shaa ALLAH.
kalau boleh esok nak pergi awal sikit sebab pendaftaran pukul 8:00pagi. Kalau semuanya cepat siap,nak pergi BSN sekejap untuk buat kad BSN. hehe, budak baik macam hani ni susah nak buat kad :P In Shaa ALLAH dipermudahkan segala-galanya. Itu sahaja yang diharapkan pada ALLAH S.W.T.
Anyway, wish me luck dan doakan yang terbaik untuk hani. Hani minta doa dari semua untuk kejayaan hani sepanjang hani di KMJ. Dipermudahkan penyerapan ilmu di saraf-saraf otak hani serta lekat terpaku dan kukuh di dalam kepala ni. Hati tenang dan lapang agar dipermudahkan penyerapan ilmu dunia dan akhirat. Mendapat sahabat-sahabat yang sama kepala, dan menjadi anak yang solehah serta berjaya di dunia dan akhirat. In Shaa ALLAH, aameenn :)
sumber gambar : Kamera milik Kem Pagoh
Salam sayang buat semua,
0 comments