Alhamdulillah, Dapat Ke Matrikulasi!

May 01, 2013


Assalamualaikum! ;)

Lupa nak share sesuatu sebab terlalu memikirkan sakit yang teruk ni. hehe. Hani dapat ke Matrikulasi!!! Alhamdulillah!!! Itulah yang di impi-impikan selama beberapa tahun ini. ALLAH dah bukakan pintu rezeki untuk ke matrikulasi. 

Hani tahun dapat ke matrikulasi masa dekat PLKN lagi, masa tu nak pergi pejabat sebab nak semak keputusan permohonan. Tiba-tiba cikgu sebut nama Hani Suhaila dan suruh pergi jumpa cikgu kawad. :epas jumpa cikgu kawad tu, cikgu kawad bagi surat tawaran ke matrikulasi. Memang ramai yang melompat-lompat depan pejabat masa tu termasuk yang menulis ni! Seronok tak terkata masa tu. hehe. 


Hani dapat di Kolej Matrikulasi Johor. Alhamdulillah, lahir di Johor, PLKN pun di Johor, sambung belajar punnn di Johor. Macam dah berjodoh dengan Johor pula ya? hehe :P seronok sangat masa dapat tawaran tu, lepas tu tiba-tiba terfikir nak pergi atau tak? Sebab takut tak boleh survive masa dekat matrikulasi. Matrikulasi, subjek dia tough-kan, kena struggle habis-habisan untuk catch-up semua benda. 

Tapi bila tengok ada kawan-kawan dapat 3A, 4A yang tak dapat matrik. Terasa ada kesedaran di situ. Dia ada sesuatu nak beri semasa di matrikulasi, mungkin Dia mahu membantu. In Shaa ALLAH. Itu yang diharap-harapkan. hehe. OK, tu sahaja yang nak share!

bye, Assalamualaikum ;)

You Might Also Like

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...