Kawan Makan Kawan dan Iktibarnya..
May 25, 2013
Assalamualaikum,
hari ni hani nak berkongsi sedikit tentang 'Kawan Makan Kawan'. Mesti ada yang dah terfikir soal cinta bukan? Jika ada, anda memang betul! Ini berkisarkan seorang sahabat baik menjadi orang ketiga dalam sesuatu perhubungan cinta antara lelaki dan perempuan. Kita sebagai manusia pasti kecewa bila kita tahu kawan baik kita sendiri menjalinkan hubungan cinta dengan pasangan kita.
Tetapi kadang-kala kita tak sewajarnya menyalahkan mereka kerana itu sudah jodoh. Walaupun dia sahabat baik kita, tapi hati dan perasaan tak dapat dibendung! Hati dan perasaan memang sukar untuk dipelihara, oleh itu, kepada sesiapa yang mengalami keadaan sedemikian. Anggaplah ianya sebagai takdir dan ada pengajaran di situ. Anggap sahaja itu adalah jodoh mereka dan anda mempunyai jodoh yang lebih baik dan sesuai untuk anda suatu hari nanti. In Shaa ALLAH.
Cubalah terima dengan hati yang terbuka walaupun sebenarnya hati kita sakit dan parah melihat orang yang kita sayang dan cinta bersama-sama dan bermesra dengan teman baik kita sendiri. Yang penting, ingatlah ALLAH. Ingat kewujudan-Nya dalam hidup kita. In Shaa ALLAH, Dia akan membantu kita. aameenn..
Assalamualaikum, bye
0 comments