Life As A KMJ's Student

June 22, 2013

Assalamualaikum :)

rasanya lama juga tak update blog ni-kan? lepas masuk KMJ ni, memang payah sikit nak online. Kalau nak online sangat memang boleh tapi selalu cakap pada diri, cuba tahan untuk setahun ni sahaja, lepas tu kalau nak online dipersilakan! hehe :) jadual setiap hari sama jer, bangun pagi, pergi kuliah, balik kuliah, siap-siap apa yang patut. Lepas Isya' akan buat tutorial ataupun keluar dari bilik dan menuju ke Kutub Khanah (library) untuk buat assignment ataupun Lab Report. memang macam computer hidup ni.

dan setiap hari akan tidur pukul 1:00 pagi paling awal, dan paling lewat kadang-kadang sampai pukul 2:00 pagi. Sebab? nak siapkan kerja yang perlu di hantar secepat mungkin. Dan yang sentiasa menjadi peneman setia ialah Nescafe 3 in 1. kadang-kadang beli Ipoh White Coffee ataupun bedak kawannya punya Old Town White Coffee. masuk matrik ni lah baru pandai nak minum Coffee ni semua sebab sebelum ni memang tak biasa langsung! -,- tapi semua ini TERPAKSA!!! :3

OK! sekarang lihatlah wajah pada hari Isnin :D 
nampak segar dan ceria sebab masa sabtu ahad kita banyak bermalas-malasan. hoho :P

wajah pada pagi Jumaat ni. nampak sedikit keletihan, maybe?

dan baru lepas kuliah pada hari Jumaat. ramai juga yang tegur, bertanya kenapa muka nampak penat, letih dan lesu. hehe. faham-faham sajalah :)

apa-apa pun, setakat ni memang ok jer dekat KMJ. Penat tu memang adatlah. Dekat matrikulasi-kan? :) memang sttruggle habis-habisan setakat ni. Harap-harap semangat itu tak luntur sampai habis pengajian di matrikulasi. In Shaa ALLAH. Bila ada rasa macam malasssss sangat, hani cuba berkomunikasi dengan diri. Minta diri sabar dan sabar dengan semua ini, bukan senang nak jadi senang, kan? Setahunnnn jer hani perlu bertahan, sabar, tahan mengantuk, sttruggle. Lepas habis setahun di matrikulasi, hani boleh rehat untuk beberapa bulan sebelum masuk ke alam universiti. In Shaa ALLAH. 

Semoga azam dan nekad ini akan diberikan kemudah oleh ALLAH dan di tunjukkan sebaik-baik dan semulia-mulia jalan ole-Nya untuk hani dan kawan-kawan mencapai kejayaan. In Shaa ALLAH, aameennn :')

Cerita soal ibu tercinta :')

minggu lepas mak tak berapa sihat, memang tak ada mood masa tu nak pergi kuliah sebab nak balikkk jer masa tu. Lepas tu kakak cakap mak dah tak makan seminggu, sampai pergi hospital, mak kena masuk air. lagi sayu sangat masa tu! Cuma mampu berdoa supaya mak baik-baik sahaja. Sampai masa tu dah terfikir dan berdoa pada-Nya.

"mak belum tengok aku grad, belum tengok kejayaan aku lagi. Mak tak sempat merasa hasil kejayaan aku lagi, janganlah Kau ambil dia dari aku..," 

memang tu jer hani fikir masa tu. tak sanggu kehilangan mak sewaktu zahir dan batin ini memerlukan beliau :') roommate pun ramai yang memahami dan mereka semua simpati. Ada yang bagi kata semangat masa tu. Lepas mak dah masuk air dan dah keluar dari hospital. Hani selalu text dengan kakak jer, tanya keadaan mak. Hati ni meronta-ronta nak dengar suara mak tapi tak sanggup sebab suara mak tersangatlah lemah.


Kalau on the phone dengan mak pun, mak tak nak cakap lama-lama! Dia tak larat, ALLAHURABBI. masa tu, ALLAH jer yang tahu apa yang hani rasa. Sayuuu sangat, rasa nak terbang pergi jumpa mak masa tu juga. Tapi hani cuba untuk kuat dan lalui hari-hari belajar macam biasa sampailah hani bergi jumpa HEP minta balik. Minta balik hari Jumaat tapi dia kata tak boleh sebab hari Sabtu ada aktiviti Kokurikulum. Rasa sedih juga masa tu.

Tapi bila kita yakin dan berniat baik. ALLAH pasti memberi kesempatan untuk kita, kan? tiba-tiba hari Jumaat yang sepatutnya hani boleh balik tu. HEP buat pengumuman yang kami boleh balik cuti bermalam sebab jerebu yang teruk! ALHAMDULILLAH! terus beritahu kakak dengan abang masa tu. Walaupun sampai rumah malam, sebab mak ada di Kota Tinggi Johor di rumah angah, bukan di rumah kami, Melaka. Walaupun sampai malam, rasa tenang dapat tengok muka mak!

Buka jer tudung, terus peluk mak. along dengan angah gelakkan jer. Mak pun macam rela dirinya dipeluk dengan hani yang rasanya tengah busuk sikit masa tu. hehe :'P
Tapi puas hati! :'D esok pagi lak, tolong along siapkan lunch dan layan mak macam permaisuri rasanaya. ambilkan nasi, lauk, air semuanya lah! mak cuma duduk dan tunggu makanan dihidangkan jer :')

mak dah nampak sedikit sihat, harap-harap mak akan kembali sihat seperti sedia-kala. Itu sahaja yang diharapkan. In Shaa ALLAH,aammeennn :') Minta doa dari semnua soal kesihatan mak, minta doa tentang pembelajaran hani di KMJ. In Shaa ALLAH, semoga ALLAH membalas jasa-jasa baik anda semua yang mendoakan kami. aammeenn :')


Itu sahaja setakat ini. Always keep supporting, keep loving.
bye, Assalamualaikum :)

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...