CLICK SAYA !

Sunday, July 24, 2011

Prolog

Muhammad menghempas pintu biliknya dengan kencang dan mengejutkan seluruh ahli rumah pada pukul 6.00 pagi itu....mukanya merah padam menahan marah....

"Along..bukak pintu ni nak....jangan buat macam ni..hari ni Along dah nak kahwin..jangan buat macam ni.." pujuk mak Muhammad, Puan Faridah dengan nada lembut..

"tak nak! Along dah kata tak nak kahwin dengan Aina tapi kenapa nak paksa? Along tak nak kahwin dengan dia! Along sayangkan Hani bukan Aina..!" balas Muhammad dengan nada keras..

"tapi Along..hari ni Along dah nak nikah....jangan buat hal yang memalukan..tolonglah Along..tak kesian kat mak ke?" rayu Puan Faridah lagi..

"siapa suruh tentukan jodoh Along....kan Along dah kata along tak nak kahwin dengan Aina tapi bapak paksa Along..mak pun tak membantah langsung....makin Along kata tak nak, makin bapak paksa dan mak jadi tulang belakang bapak....kalau dah tak sayang Along lagi....cakap aje la..Along boleh pergi dari sini kalau mak dengan bapak tak suka Along lagi ! " teriak Muhammad di dalam biliknya sekuat hati

"hey Along....aku paling pantang kalau orang yang tak nak dengar cakap aku tau tak..aku tak kira kau nak atau tidak....aku nak kau kahwin dengan Aina pagi ni jugak..jangan nak memalukan aku! paham tak !" jerit Encik Zulkifli sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik bilik Muhammad dengan sekuat hati.. Muhammad membuka pintu bilik dengan wajah yang berang....terasa ingin saja di tampar pipi ayahnya itu tapi apakan daya, dia hanya seorang anak..

"baiklah..saya bagi bapak kata dua....saya nikah dengan Aina atau saya pergi dari sini dan takkan balik-balik lagi....kalau keputusan bapak nak saya nikah dengan Aina..saya akan ikut tapi lepas nikah, dia akan jadi janda!" Muhammad mengertak Encik Zulkifli....sudah lama marahnya di simpan dan kini di lemparkan sepuas-puasnya....

Muhammad masuk semula ke bilik dan mengemas pakaiannya....dia nekad untuk meninggalkan rumah orang tuanya dan tak sanggup diperlakukan seperti budak-budak dan sentiasa perlu menurut kata-kata ayahnya....langsung tidak boleh di bantah walau sekelumit pun....dia memasukkan semua baju-bajunya di dalam beg pakaian yang sedia ada di atas almari..

"kau nak pergi mana ni..?" soal Encik Zulkifli dengan nada keras

"pergi dari rumah ni! bapak tak boleh buat keputusan kan? jadi..jawapannya Along pergi dari rumah ni! puas hati bapak..?" jawab Muhammad sambil merenung mata ayahnya....tidak pernah dia jadi seberani ini..

"abang..janganlah paksa Along lagi....takkan nak biarkan anak kita pergi dari kita....kalau awak tak kisah dengan diri awak....kisahkan saya....hati ibu mana yang nak tengaok anak dia pergi tak balik-balik.." rayu Puan Faridah pada Encik Zulkifli dengan air mata yang tidak berhenti...Encik Zulkifli seperti memikirkan sesuatu....kasihan juga melihat isterinya merayu begitu....sayang benar dia pada isterinya..

"baiklah....kali ni kau menang Muhammad....kau tak jadi nikah dengan Aina....kau selamat..tapi apa aku nak jawab dengan orang-orang yang datang nanti..?"

"bapak cakaplah Along tak nak nikah....senangkan....orang yang datang tu ajak makan-makan kenduri aje lah.." jawab Muhammad dengan selamba....dia tak nak fikir lagi..yang penting baginya ialah dia tak jadi nikah dengan Aina....peluang dia bersama-sama dengan Hani semakin cerah..

"Hani....tunggu abang tau....abang akan datang untuk rawat hati Hani yang terluka tu....abang sayang Hani seorang aje"....hati Muhammad berkata-kata dengan senyuman yang meleret di wajahnya..:"tapi Hani ke mana..? barang-barang yang abang bagi..kenapa Hani pulangkan pagi-pagi begini..Hani nak kemana..?" bisik hatinya lagi....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila