Bahagian 1
July 24, 2011Hani sudah lewat untuk ke kuliah....pantas dia bangun dari katil memandangkan jam sudah pukul 8.30 pagi....kelasnya mula pada pukul 9.00 pagi...dengan pantas dia ke bilik air dan membersihkan dirinya sepantas mungkin..mana mungkin utk dia lewat ke kuliah kerana dia adalah pelajar contoh.. "ni la akibatnya kalau tidur lagi lepas subuh....padan muka kau hani" ngomel Hani sendiri..
setelah dia bersiap-siap....dia keluar dari hostelnya dengan pantas dan berlari-lari apabila sudah tiba di lobi UiTM Shah Alam....lariannya makin di lajukan apabila dia sudah sampai di blok-blok bilik kuliah...tiba-tiba badannya rasa seperti terlanggar sesuatu yang sasa....buku-buku yang Hani pegang berselerak di lantai..badannya juga tidak dapat diimbangkan lagi....jatuh juga di atas lantai..
"adush! sakitnya...." kepalanya terhantuk sedikit di lantai....nampak kesan bengkak di dahi sebelah kirinya.
"Cik....maaf cik..saya tak perasan cik tadi.." ucap seorang lelaki sambil mengutip buku-buku yang yang berselerakan tadi....Hani mendogakkan kepalanya melihat siapa gerangan yang telah dia langgar tadi....handsome juga! hatinya nakal berkata-kata..
"eh..tak apa lah....saya yang salah sebab lari tak tengok orang..saya sebenarnya....alamak!!" Hani tiba-tiba menjerit setelah perasan yang dia sudah lambat ke kuliah....pantas dia bangun dan mengabil semua buku dari tanga lelaki yang membantunya tadi....dia pergi tanpa mengucapkan sebaris ayat....gelojoh betul perempuan ni!
Tanpa membuang masa....Hani menolak pintu bilik kuliah dengan pantas dan orang-orang di dalam bilik kuliah itu terperanjat berok melihat Hani seperti di rasuk hantu...."maaf prof..saya lambat" ucap Hani seraya duduk di samping geng-geng dia....Prof. Hayati hanya tersenyum..jelas kelihatan senyuman yang menenangkan hati...dia meneruskan pengajarannya yang tergendala sebentar tadi dek kegelojohan yang Hani lakukan....
Tiba-tiba masuk sesusuk tubuh yang sangat Hani kenal...."err....lelaki tu....apa dia buat dalam bilik kuliah aku....?' hatinya berbisik dan memandang lelaki tadi dengan mata yang tidak berkelip....di perhatikan tingkah laku lelaki itu....berjalan ke arah Prof Hayati dan berkata sesuatu....kemudian duduk di kerusi di belakangnya...
"hoi..ape yang kau tengok tu..? dah berkenan ke ?" soal Aina tiba-tiba.. Hani tercengang bila di jerkah sebegitu..
"gila ke apa kau ni..? takkan sekali pandang dah terpikat....dia budak sains komputer ke? bila dia masuk..?" soal Hani tidak membuang masa..
"itulah kau..sibuk sangat dengan assignment dan hal-hal U aje....budak baru masuk pun kau tak ambil kesah...." balas Alea tiba-tiba..
"aku mana ada masa nak ambil tahu semua tu....dari aku kira budak-budak kat U ni....baik aku selesaikan hal aku yang menimbun tu..." balas Hani membela diri...."tapi..kan..siapa nama dia..?" soal Hani tiba-tiba..
"ehem..ehem....ulat bulu dah naik daun...." balas Aina pulak..
"apa ulat bulu pulak ni....tak ade ulat bulu la dalam bilik kuliah ni.." balas Hani selamba..
"ye ke....bukan ulat bulu tu kau ke Hani..?" balas Alea sambil mencuit pinggang hani..
"apa ni..? aku tanya aje la....tak nak bagi tahu tak apa.." Hani seakan-akan merajuk sambil memuncungkan mulutnya....Alea dan Aina ketawa serentak melihat gelagat Hani yang manja-manja tu..
"nama dia Muhammad....puas hati tak Hani..? Hani & Muhammad..sesuaikan..?" sekali lagi Alea dan Aina ketawa......wajah Hani sudah berona-rona merah..
Tiba-tiba semua diam kerana sebentar lagi masing-masing akan mendapat markah test untuk kelas biologi dengan Prof Hayati....markah test tu akan di campur dalam peperiksaan besar antara U....macam peperiksaan akhir tahun la untuk budak-budak sekolah....hehe.. Prof Hayati menyebut satu persatu nama pelajarnya....
"Nur Hani...." Prof Hayati menyebut nama Hani pula....Hani bangun dan kehadapan dengan sedikit ketakutan....macam nak pergi terjun bangunan pulak...."Tahniah Hani....sekali lagi awak memecah rekod dan mencapai markah paling tertinggi dalam kelas ni.." ucap Prof Hayati kepada Hani..
Tidak dapat di nafikan....Hani memang aktif dalam hal kokurikulum di U tapi belajar tetap belajar....itu yang dia pegang sejak di bangku sekolah lagi....terdengar juga suara-suara yang mengucapkan tahniah kepadanya....dia hanya tersenyum.. Nur Hani....tidak pernah lepas dengan senyumannya walaupun dia sedang sibuk....kata orang..senyum itu sedekah..makanya, dia tidak jemu untuk sentiasa memberi senyuman kepada sesiapa sahaja..
Hani duduk semula di kerusinya sambil menanti markah test habis di berikan....Hani berpaling semula ke belakang memandang lelaki yang dia langgar tadi 'Muhammad'.. manis nama dia....Muhammad perasan yang dirinya di perhatikan lantas dia berkata kepada Hani.. "Tahniah ye Hani.." .. Hani terkesima..dia hanya tersenyum..
"err....encik....maaf ye sebab terlanggar kat luar bilik kuliah tadi.." ucap Hani ragu-ragu..
"eh..tak apa....saya pun tak perasan Hani ada kat situ tadi....tiba-tiba aje ada angin kencang dan...ssuurrfff! langgar saya..haha.." Muhammad ketawa tiba-tiba mengenangkan kejadian tadi..Hani juga tirut ketawa....Alea dan Aina berpandangan, timbul sedikit rasa pelik dalam diri..."abaikan.." jawab Alea kapada Aina..
"Hani....jangan panggil saya 'encik' la....nama saya Muhammad....panggil Muhammad aje ye....kalau panjang sangat..panggil Mad pun tak apa...." ucap Muhammad dengan teratur....Hani hanya tersenyum memandang Muhammad....
"saya panggil Muhammad la ye....sebab saya tak suka nak memendekkankan nama orang....terutamanya nama yang istimewa macam nama awak.. Muhammad.." balas Hani dengan nada manis..
"okey....kelas dah tamat....terima kasih semua..." ucap Prof Hayati dan berlalu keluar dari bilik kuliah....masing-masing berpusu-pusu keluar dari bilik kuliah....Muhammad dengan serta-merta mengikuti Hani, Alea dan Aina ke kantin untuk merehatkan otak sebelum kelas seterusnya bermula..
0 comments