Sem Break!

November 02, 2013

Assalamualaikum
hye :)


SEM BREAK BEGINS! hahaha. seronok gila dah habis Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM). bila dah habis PSPM tu maknanya dah habis satu sem. haishh, cepat betul masa berlalu kan? rasa macam baru jer register dekat KMJ. tup tup dah habis satu semester? putaran dunia semakin laju. hee

hurmm, banyak benda nak cerita nak share dekat sini. Al maklum lah, lama tak meng'update' blog kesayangan ni. tapi nasib baik tak berhabuk tauuu. sebab selalu jengah, cuma tak sempat nak update. lagi satu, memang saja lambat update, saja nak buat entry panjang-panjang. biar jenuh sikit membaca. haha. for those yang tanya hani bila nak update, ni dah update ni. so, jangan tanya lagi. hehe

first at all, Hani nak bagitahu yang Hani dapat temuduga SPA untuk latihan Jururawat hari tu (23 Oct 2013) dekat Melaka. masa tu baru lepas study dan tidur kejap, tak sampai 10 minit tidur, mak call dan bagi tahu yang Hani dapat SPA tu. can you imagine, dah nak final exam dan tiba-tiba ada tawaran best macam tu datang. haishh, sehari lebih tak dapat fokus study tau. mak macam beria-ia suruh pergi. hati masa tu tak tahu lah apa rasa. sedih, sayu, geram. hehe. walaupun hanya temuduga, tapi roommates semua dah sedih sedih macam Hani dah nak keluar jer dari matrik tu -,-" 

lastly, minta pendapat sahabat ni. Mista Hafiz. nasihat dia senang jer "ikut apa yang mak nak" hehe, mak memang suruh pergi kan interview tu. dan pergi lah. jap jap, hari yang Hani nak balik rumah untuk interview tu kan. malam tu Hani tidur pukul 3:00pagi. bangun Subuh dan terbalik balik. haha! tetiba, pukul 9:00 pagi jer mista Hafiz dah call. ingat kan nak apa laa, nak suruh ajar maths rupanya. haa, dengarlah suara Hani yang baru bangun tidur tu -,-"


chapter 1 sampai chapter 4 pulun habis selama 5 jam. dari pukul 10:00 pagi sampailah ke 3:00 petang. balik jer bilik, kelam-kabut solat lepas tu kemas barang. penat punya pasal, tertidur kejap 15 minit then mak call cakap dah sampai. hehe. memang packed gila jadual hari tu. takpelah, nak berjaya kannnn :) dan baru Hani tahu, dugaan besar nak mengajar orang kan? dan bila kita dah mengajar, kita mesti nak tengok orang tu berjaya. tu laaa yang cikgu cikgu, lecturer lecturer rasakan rupanya. hee

- esok tu interview -
masa nak tunggu turn untuk di temuduga tu, Hani tengok orang-orang sebelah sibuk baca pasal nursing. tapi Hani? boleh bukak buku dan buat maths time tu. orang kiri kanan semua pandang macam tak puas hati. pehal? -,-" tapi buat tak faham jer, terus buat maths dan bila rasa otak dah tepu, tutup buku dan tidur. syok gila hidup macam tu. orang lain nervous lah, kecut lah, Hani pula? tak ada perasaan -,-"

-balik KMJ-
sampai jer matrik, letak barang kat bilik dan berdesupppp pergi dewan kuliah sebab ada taklimat peperiksaan. dah la lambat 30 minit :P tapi tak ada hal pun benda tu, cuma taklimat jer. hihi.

hari Jumaat malam Sabtu pada minggu yang sama, ada majlis solat Hajat Perdana. biasalah nak exam kan? ingatkan masa PMR dengan SPM jer kena buat solat hajat perdana. tapi matrikulasi pun ada buat, tu yang best tu. hehe. lepas solat Hajat tu adalah juadah sikit yang kami makan. alhamdulillah, kenyang! hihi.. lepas siap semua, tetiba ayahanda datang melawat anak dia sorang demi sorang. apa lagi, bergambar lahhh :)


Jumaat depan tu dah start berperang selama seminggu. berperang bermati-matian lah. dia punya gerun nak masuk dewan exam tu, ALLAH jer yang tahu. ehh, nak bagi tahu ni. Hani exam dekat Bilik Bacaan Blok A. Blok A ni blok pelajar lelaki tau, hari-hari dapat cuci mata. haha! memang tak lah nak buat benda tu -,-"

lepas habis paper Biology, Izmil terus mesej nak mengadu. paper Biology susah katanya. nak nangis lah, sedih lah, menyesal lah ambil Biology. dah kenapa? -,-" 


esok pulak, lepas paper Chemistry. Hani pulak mesej dia nak mengadu. paper susah, soalan tak pelik tapi tak ada idea. haishhh! lastly, decided nak jumpa depan mini mart sebab nak luahkan perasaan dan katanya rindu dengan kawan dia yang agak hot ni? haha. Hot kau lah Izmil :P Hani pun mesej member lagi sorang, Syera :) kami memang 3 sekawan dan paling pelik sekali, Izmil sorang jer LELAKI. haha.


jumpa jer petang tu, semua meluahkan perasaan masing-masing. dari cakap pasal paper yang lepas lepas. sampailah masing-masing kata rindu. cehhhhh :P memang rindu punn, sebab 3 sekawan ni exam dekat tempat yang berbeza :'( lepas tu apa lagi? ambil gambar laaa, kenangan! hehee




dan pagi tadi last paper, Science Computer :)
habisss jer paper ni, tersenyum lebar bibir Hani. heee, mana tak suka. dah freedom kottt!



 separuh beban dah hilang tauuu. kenapa separuh? sebab separuh lagi akan hilang bila habis sem 2 nanti. In Shaa ALLAH. hihi.. tengah hari tu terus balik rumah dan lepas Maghrib tadi on the way pergi Johor balik. tapi bukan dekat Tangkak yer? dekat Kota Tinggi. rupanya mak dengan angah dah plan macam-macam bila Hani sem break ni. pandai yerrr plan tanpa Hani tahu. suka macam tu :P

she is my mum :) 
my past and my future. masa ni dekat MYDIN Jasin, Melaka. stop kejap sebab mak kata dia lapar. hihi, comel la mak titew! ;)

haaa, lama kan tak post muka sendiri dalam ni? haha. ni masa Raya Haji hari tu. Hani tak balik sebab study dekat matrik. kalau balik rumah, memang tak study lah jawabnya. ngee~

lagi satu, untuk adik-adik yang nak SPM (6 Nov 2013) atau kawan-kawan yang belum sem break dan tengah struggle untuk final tu, boleh lah amalkan potongan doa ni yerr. dari sebelum keluar rumah nak pergi exam sampailah masa nak hantar kertas jawapan tu. semuaaa ada doa dia. kita ni berusaha jer, ALLAH yang tentukan. so, usahalah tau :) 

lepas dah usaha? 
Bismillahi Tawakkatu A'lallah :)

so, for my silent readers! thanks for reading and for those who have an INSTA account. you can follow my ig : hani_suhaila

thats all, penat dah menulis. kalau ada cerita cerita hot lagi terbaikkk, I'll share at here :) ehh jap jap, Hani cuti sampai 21 Nov tau. so, kalau ada apa-apa boleh directly call for those who have my contact number atau email dekat Hani. 

bye, assalamualaikum ^^,

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...