Bittaufiq Wannajah :)

November 05, 2013

Assalamualaikum
hye :)


okay, seperti yang dijanjikan dekat facebook tadi untuk update blog. Hani tengah update ni. haaa, nak update pasal exam lah :) untuk adik-adik yang akan menduduki SPM (6 Nov 2013) batch 1996. Kak Hani doakan supaya adik-adik dapat perform well, dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan hati yang tenang dan lapang serta dipermudahkan untuk mendapat idea di dalam dewan peperiksaan bagi menjawab soalan-soalan tersebut. semoga diberikan rezeki yang baik-baik kepada keputusan nanti. In Shaa ALLAH, semoga ALLAH mempermudahkan semua urusan adik-adik sepanjang peperiksaan. 

untuk sahabat-sahabat, senior-senior yang akan menduduki STPM, final exam atau apa-apa sahaja jenis peperiksaan yang dihadapi. moga-moga ALLAH permudahkan segalanya. ni nak kongsikan tips sikit yang Hani guna masa nak PSPM 1 hari tu. 

kita ni kalau dah susah baru nak ingat ALLAH ye tak? jadi lepas ni azam dalam diri untuk sentiasa ingat ALLAH 24/7 tak kiralah kita ni tengah seronok ke tengah sedih ke kan? tapi Hani selalu ingatkan diri dengan ayat ni
"kalau kita ingat ALLAH waktu senang, waktu susah nanti ALLAH akan ingat kita"


jadi, waktu-waktu senggang tu ingatlah ALLAH, ye kita bukan malaikat nak berzikir jer kerja dia tapi at least lepas kita solat tu. kita berbual-bual dengan ALLAH. macam mana? lepas solat tu, duduk sebentar sambil puji-puji ALLAH. masa berdoa tu pula, dalam doa tu berbicaralah dengan ALLAH seolah-olah kita sedang berbual dengan ibu ayah atau sahabat. cerita apa yang terjadi pada dia di atas tikar sejadah. In Shaa ALLAH, Dia suka mendengar :)

lagi satu, biasakan diri untuk selalu buat solat sunat Taubat Nasuha dan solat sunat Hajat. yang eloknya dekat sini, buat solat sunat Taubat dulu. minta ampun segala dosa yang ada pada ALLAH, rasa tenang dah semua barulah mula buat solat sunat Hajat. ada antara kita yang buat solat sunat Hajat dulu baru buat solat sunat Taubat, ada tu terus buat solat sunat Hajat tanpa minta ampun pada Dia dulu. 

kadang-kadang Hajat kita dah elok tapi tersangkut sedikit dengan dosa-dosa yang kita pernah atau sedang lakukan. jadi seelok-eloknya, solat Taubat dulu baru diiringi dengan solat Hajat. Hani dapat tahu perkara ni pun sebab Guru Kaunseling dekat matrikulasi yang sarankan begitu. jadi, disebar-sebarkanlah perkara ini supaya Muslimin Muslimat semua dapat memanfaatkannya. 

cuba berubah jadi lebih baik, kuat kesabaran dan keimananya serta tidak kedekut. macam mana nak bina perkara ini dalam diri? senang sahaja, bantu rakan-rakan lain. bagaimana? tunjuk ajar mereka dalam pelajaran. tak berapa master? jangan risau, mengikut pengalaman Hani. ada kawan minta tolong ajar dia, bukan pergi ajar dia macam tu jer tau. Hani pergi study dulu satu-satu dan baru pergi ajar dia. lepas tu fikir cara terbaik untuk mengajar, kadang-kadang sahabat kita ni lambat sikit nak faham penerangan kita.

oleh itu, dengan sabar kita ulang balik penerangan kita. haa, dekat situ dah dapat tanamkan kesabaran dalam diri. lepas tu, kalau sahabat-sahabat tanya satu soalan yang kita tahu tapi kita dalam keadaan yang sibuk. cuba luangkan sedikit masa untuk meneliti soalan tersebut dan cuba selesaikan. dekat sini dah tanam sikap yang tidak kedekut. sebab apa? ada sesetengah kita malas nak layan kerenah sahabat sebab pertama malas nak layan dan sebab kedua tak mahu kongsi ilmu.


pernah juga sahabat sebilik Hani tanya soalan maths masa Hani baru bangun tidur, demi ALLAH rasa malas nak bangun dan fikirkan macam mana nak selesaikan. tapi demi niat yang satu kerana ALLAH, kuatkan diri untuk bangun dan bantu sahabat itu tadi. Alhamdulillah dapat selesaikan dengan baik walaupun ada beberapa soalan itu terberhenti ditengah jalan tapi sekurang-kurangkan kita membantu sahabat. senang cerita, apa yang kita buat tu semua TOLONG niatkan kerana ALLAH dan TOLONG fikir untuk cari keberkatan dan keredhaan Nya :)

tolong yer adik-adik, sahabat-sahabat.
letakkan ALLAH nombor 1 dalam Carta Hati :)

"just perform well and let ALLAH do the rest"

dah habis semua dengan usaha yang kita lakukan, tawakkal lah di samping terus berdoa untuk mendapat keputusan yang baik. Hani pun sedang menunggu keputusan PSPM 1 ni. risau dihati, harap baiklah keputusannya dan harap diri ini Redha dengan ketentuan Nya. In Shaa ALLAH, apa-apa pun. tolong ingatkan diri
"ALLAH memberi apa yang kita PERLU, BUKAN apa yang kita MAHU"


akhir kalam, 
Bittaufiq Wannajah! :)

bye, assalamualaikum

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...