CLICK SAYA !

Sunday, November 3, 2013

FREEDOM for 3 weeks!

Assalamualaikum
hye :)


gambar ni? haha, ni gambar sehari sebelum paper biology hari tu. dah penat sangat memahamkan segala macam dan jenis fakta dalam tu. taking picture seketika. weee :P

tak nak melalut panjang, cuma nak share yang cuti sem ni Hani ada dekat Johor. rumah angah :) hee, seronok sangat sebab dapat spend masa dengan Hafiz si kecik lagi mengada. hehe. masa Hani sampai rumah angah semalam tu, dah malam. Hafiz dah tentu-tentu dah tidur kannn. tapi pagi-pagi lagi, masa Subuh dia dah bangun dah. angah cakap selalu bangun lambat, tapi pagi tadi dia bangun awal pulak. cari-cari Hani. hee, dia tahu maksu dia nak datang. dia masuk bilik terus panggil-panggil

"shu, angun!," hihi :) comel sangat diaaaa, Hani dengan mamai-mamai tu. bangun tengok muka dia dan senyum. dia boleh sengih-sengih mintak bermanja. haishhh, gerammm jer tahu :P

lepas Subuh, tidur kejap sebab malam semalam tidur pukul 3:00pagi. bukan study pun, sem break rite? haha! update blog jer pun. rajin sangat kannn, haha. dalam pukul 8:00 pagi tu bangun balik. siap-siap semua sebab mak dengan angah ajak pergi JB. 

sebelum tuuu, ambil gambar dengan Hafiz kejap, hihi. tengok muka gangster dia. nampak gangster tapi manjaaaa :P

ohh, perasan nak jadi ibu yang mithali konon nya lah :P

sempoi sayang maksu nieeee. haha, Hafiz TERBAIK! 
love you sayang ;)

pergi rumah-rumah sedara dekat JB, sebab mak nak edarkan kad nikah abang. paling semangat sekali pergi rumah sorang mak sedara ni, anak dia lelaki dah ada PhD wow. dan baru balik dari Jepun sebab ada kerja dekat sana. senang cerita, dia selalu outstation lahhh. pandai, baik dan paling penting tak sombong. kami jarang sangat jumpa, so tadi bila jumpa. dia pandang muka Hani dan tanya mak "ni Hani ker? Hani Suhaila kan?," haha. Hani gelak jer lah dengar. angah mengiyakan jer.

abang Fadhil : "ohh, ni yang dekat FB tu kan?," 
terasa famous pulak sebab kan laman sosial yang satu tu. hehe.
mak : "dia memang, FB 24/7"
abang Fadhil : tapi, lately ni jarang dah nampak dia online. busy eh?,"
Hani : "exam lah hari tu"

abang Fadhil angguk-angguk jer. bila jumpa dia, semangat nak belajar tu makin melampauuu, nak jadi macam dia. sekarang dia ni lecturer dekat UTM, Skudai. dah ada pangkat 'Dr.' pulak tu. tunggu masa nak naik taraf jadi 'Prof' jer tau. In Shaa ALLAh, suatu hari nanti. dekat-dekat lah tu. hihi

perjalanan diteruskan ke Giant. hee, jalan-jalan dan teman angah dengan kak lang yang datang secara tiba-tiba sebab diorang plan nak belikan mak handphone baru. fuyooo, mak dapat handphone baru. tapi yang bestnya mak ni, tak nak yang mahal-mahal. lastly, diorang belikan mak Samsung Galaxy Y Neo. tu pun dah cukup hebat. 

Hani? tipu lah tak shopping! beli handbag baru dengan sehelai baju baru. hihi. semua tu memang accesories yang sangat diminati. terutamanya handbag dan kasut. wow, kalau dah masuk kedai tu memang payah nak keluar. haha :P



gambar ni masa dekat rumah kak lang. Hani bergambar dengan angah masa ni. hehe :) mengada ambil gambar dekat pool, bajet-bajet konon tengah holidays dekat hotel. cehhhh! haha :P

rasanya tu jer nak share.

ohhh iye, kepada adik-adik yang dah dekat SPM dan sahabat-sahabat yang dah nak STPM atau nak final tu. usaha, doa, tawakkal. semoga ALLAH membantu kalian semua dalam mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir. semoga dipermudahkan dan diberi ketenangan sewaktu di dalam dewan peperiksaan :)

Bittaufiq Wannajah!

bye, assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila