Roda Sentiasa Berputar :)

July 23, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
tajuk yang sesuai dipilih untuk post kali ini ialah Roda Sentiasa Berputar :) hiiii . ada sesiapa yang dapat teka hani nak cerita pasal apa ? haaa . siapa tak dapat teka , jom kita baca . sesiapa yang dapat teka tu , jom baca jugak . sama tak dengan apa yang korang teka ;)  kalau ikut perkiraan hubungan Hani dengan Muhammad setakat hari ni 23/07/2012 . dah 1 tahun 9 bulan 3 minggu dan 2 hari :) hiiii . 

sepanjang hubungan kami , banyak sangat dugaan yang menimpa kami ! hihi :) antaranya , ada orang luar cuba memfitnah hani yang bukan bukan sehingga Muhammad kurang percaya dengan hani . hani masih sabar . hani tahu siapa yang buat cerita :) sampailah ianya terbongkar . muhammad tahu semua tu hanya fitnah semata mata dan orang itu masih membuat fitnah terhadap hani . tapi kami tahu kebenarannya . muhammad hanya dengar saja apa yang budak tu cakap tentang hani yang buruk buruk dekat dia . hani jenis malas melenting . cuma tutup mulut saja :)

okay . seterusnya , bila cikgu cikgu sekolah hani pandang hina sangat dekat hani sebab tahu hani kapel dengan anak GPK HEM :) jujur la , korang rasa perkara ni sangat logik ke sampai mereka memandang rendah terhadap hani atas dasar "bercinta dengan anak GPK HEM". ataupun hani memang patut diperlakukan macam tu ? cikgu cikgu macam tak kesah pasal hani . suka perli perli . bila nampak hani , suka mencemikkan muka . okay fine , maybe ada yang kata hani perasan sendiri . hello ? walaupun ramai kata hani budak kecik lagi . baru 17 tahun . tapi hani dah boleh berfikir panjang tentang dunia luar ni . dunia yang berkaitan hasad dengki . dunia yang penuh dengan dugaan ni tau :) 

dan salah seorang guru yang terlibat dalam kes ni ialah seorang guru juga . hiii . tak nak sebut jantina dia :) siapa makan cili , biarlah dia terasa pedasnya :) anak dia pernah kapel dengan muhammad . okay fine . kisah lama ? yess :) anak dia putus dengan muhammad sebab dia tak suka anak dia bercinta . okay , I know it . dan bila dia tahu hani kapel dengan EX anak dia . dia macam tak suka hani . rasa tercabar sebab hani boleh bahagia dengan muhammad ? maybe . and now , she look so close with my future father in-law (Insya-ALLAH) ! cehh . haha :D tarik perhatian ? maybe kan :)

hari berganti hari . hani masih mendiamkan diri bila orang orang sekeliling cuba menjatuhkan hani :) alhamdulillah . hani dapat tempuhi semua ini dengan senang hati walaupun kadang kadang jatuh juga air mata ni :') sekarang hani boleh tersenyum gembira . sikit jeee . tak boleh senyum banyak bayak :)

perempuan yang buat fitnah dekat hani tu . lastly , dia mintak maaf dekat hani sebab dia baru perasan yang semua orang dah tahu sikap dia . kawan sekelas hani (lelaki dan perempuan) semua dah tahu pasal dia memfitnah hani . hani tak cakap dengan sesiapa pun :) hani cuma cerita dekat kawan baik hani saja :) tapi nama perempuan tu hani nak mention pun . kawan kawan hani akhirnya tahu siapa perempuan tu :') dan ada juga kawan hani yang beritahu muhammad , hani tak seperti yang diceritakan oleh perempuan tu :) alhamdulillah . dia minta maaf ? ambil masa berbulan bulan juga untuk hani memaafkan dia :)

kisah cikgu cikgu tu pulak ? mereka dah mula tutup mulut sikit :) walaupun tak sepenuhnya . masih ada mulut mulut puaka yang berbunyi . kisah anak cikgu tu pulak ~
anak dia sekarang dah ada kapel . haaaa . hani rasa dia tak tahu kot anak dia bercinta dekat sekolah . kawan sekelas lagi~ hiiii :) dulu bukan main tak bagi tapi sekarang ? dulu anak kecik lagi , boleh laaa nak aturkan hidup dia . sekarang anak dah remaja . remaja kalau di halang makin jadi degil :) jangan cikgu kena tipu dengan anak cikgu sendiri sudah la ye :) 

p/s : jangan suka melihat kesengsaraan orang lain sebab suatu hari nanti kita akan merasainya juga . jika bukan orang itu yang membalas . ALLAH akan membalasnya . percayalah kepada hukum KARMA :)

wallpaper yang mendatangkan keinsafan diri . bacalah :)


ni ada kaitan sikit tentang menyakiti hati orang lain :)

dan akhir sekali . sebab itulah hani letak tajuk dia "Roda Sentiasa Berputar" yang berada di atas , janganlah berlagak , sombong dan memandang hina kepada orang di bawah . yang berada di bawah , janganlah rendah diri tapi berusahalah untuk menjadi seseorang yang berguna" . good luck :)

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...