Mengapa Saya Bertudung Labuh ?

July 07, 2012


Assalamualaikum.

Entri express.
"Mengapa saya bertudung labuh?"
Easy, ada banyak kelebihannya:-

1. Bila kita cinta pada Allah, kita akan ikut suruhan Allah. Allah suruh kita patuh tutup aurat bila dah baligh. Jadi, pakai tudung labuh ni menepati saranan Allah. Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga.

2. Orang selalu kata, nampak macam panas sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis. Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan. Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa. Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina.

3. Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala. Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi. Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah.

4. Sejuk mata memandang. Qurratu 'A'yun. Sejuk di mata dan di hati. Sekaligus label solehah tu ditampalkan sekali pada mereka yang bertudung labuh sempurna. Tidak hairan bila ada yang sampai labelkan sebagai ustazah. Mereka layak untuk itu. Sebab faham, agama Islam mesti tutup aurat. Faham ilmu agama. Jika dah faham ilmu agama, sampaikanlah. Baru real ustazah.

5. Bila dah tutup aurat, bukan sahaja sejuk di mata kita tapi juga menjaga maksiat mata. Menjaga mata lelaki dari bertambah dosa. Lelaki pun segan nak menatap dan memerhati orang yang mereka anggap solehah. InsyaAllah, lelaki jahat dan miang juga akan menafikan niat jahat mereka itu terhadap anda.

6. Ya. Siapa berani menidakkan kecantikan, keayuan, kejelitaan, kecomelan, kesopanan yang lebih terserlah bila memakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna? Ini bonus tambahan yang kamu dapat bila lakukan yang Allah suruh.

7. Ikut kata al-Quran bererti ikut syariat Allah. Syariat Allah pula ditaati oleh Rasulullah SAW dan perlu dipatuhi oleh seluruh umatnya. Bererti, kita bukan sahaja sudah ikut Allah, tapi ikut sunnah Nabi SAW. Tahniah.

8. Siapa kata hanya telekung solat sahaja boleh digunakan untuk bersolat. Tidak. Pakai tudung labuh, kemudian bahagian-bahagian lain tertutup dengan sempurna auratnya, maka boleh terus guna buat solat. Pastikan pakaian betul-betul suci dan bersih. Pakaian yang bersih tanda akhlak yang cantik.

9. Kita sentiasa mahu orang hormat kita. Tapi jika kita tak hormat diri kita dengan mendedahkan aurat, gedik, tidak jaga maruah, siapa akan hormat kita? Jadi, bertudung labuh ini boleh mendidik diri supaya lebih menghormati diri sendiri. Bila diri sendiri dah dihargai dan dihormati, nescaya orang sekeliling juga akan menghormati diri kita.

10. Seterusnya, menyihatkan badan. Dari segi kesihatan pula, boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit, menjaga warna kulit, mengelakkan dari debu dan kuman dan sebagainya. Anda lebih arif dari saya dari segi kedoktoran.

11. Malu itu bunga iman. Dengan menutup aurat dan bertudung labuh, bererti kamu masih ada rasa malu terhadap Allah. Malu terhadap diri sendiri, malu terhadap masyarakat sekeliling. Malahan malu dan bimbang Islam dimalukan kerana imej umat Islamnya yang gagal menjaga bab aurat.

12. Secara tak langsung, bertudung labuh dan berakhlak mulia insyaAllah menarik perhatian orang lain untuk mencintai Islam. Menjadi suatu cabang dakwah dengan perbuatan. Besarnya pahala bila niat untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling.

13. Mereka yang bertudung labuh, layak dijadikan isteri. Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu. Jika dia dah terbuka hati pakai tudung labuh, bererti dia mudah menerima nasihat agama. Orang yang mudah dan rela menerima nasihat agama adalah orang yang terbaik untuk dijadikan isteri.

14. Tanda-tanda dan amaran awal ke arah menjadi orang yang bertaqwa. Taqwa bermaksud takut pada Allah. Dia pakai kerana takutkan Allah, bererti dia sudah punya rasa taqwa dalam diri. Orang-orang bertaqwa disebut acapkali dalam al-Quran sebagai calon ahli Syurga.

15. Bukan nak tunjuk baik. Ya, bila kita pakai dengan ikhlas bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang yang pakai tudung labuh ni, kebanyakannya nak berubah untuk jadi lebih baik. Salahkah untuk jadi orang baik? Tidak. Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...