Bernarkah Ini Hakikatnya ?

March 19, 2012

sikap mu semakin hari semakin berubah
semakin kurang perhatian terhadapku
seolah olah aku hidup sendiri
perkataan "TUNANG" umpama hanya pada nama

aku cuba memahami kamu
kesibukan melanda dirimu kini
kamu lebih fokus kepada pelajaran
aku sedar itu dan aku tidak melarang untuk kau belajar

jika dulu aku merajuk
kau akan pujuk sehingga aku kembali seperti biasa
jika dulu kita berperang mulut
kau akan mengalah dan menenangkan aku

dulu . . apa saja yang aku mahukan dari mu
kau pasti akan penuhi
dulu . . kau sangat menjaga hati ku
sehingga kadang kala aku berasa aku terlalu manja denganmu

tapi kini hati aku kuat mengatakan
kau kini punya kekasih yang lain
sekuat mana aku menafikan
semakin kuat hati mengatakan kau ada yang lain !

kau seperti menyorokkan sesuatu dariku
andai kau curang . . jujurlah
jangan buat aku tertanya tanya sendirian
jangan biarkan aku mencari cari bukti seperti orang bodoh

ada yang lihat kau keluar dengan gadis lain
kelihatan antara kau dan dia
begitu mesra sekali gurauan dan manjanya
sehingga ada yang bertanya kepadaku . .
adakah kau masih milikku lagi

aku tak sanggup lagi sayang
hanya kejujuran darimu yang ku harapkan
aku tahu aku juga ada salahnya
salahku denganmu lebih teruk daripada ini

tapi janganlah kau menyeksa aku begini
kau melarang aku . . . .
untuk mencoretkan soal kita lagi di sini dan di mana mana
kau tahu . . aku keliru dengan sikap kamu

mana dia capital M yang aku kenal dulu ?
yang sangat penyayang , perihatin dan segala gala kebaikan yang lain
aku rindu sikap itu semua
aku rindukan capital M yang mula mula aku kenal dulu

sayang . . . .
katakanlah kau hanya ada aku
tiada yang lain yang lebih istimewa selain aku !
aku sangat sayangkan kamu . . . . sayang . . jujurlah

jika firasatku ini benar
kepada gadis yang berjaya mencuri hati sayangku
lepaskan lah sayangku kembali
kembalikan sayangku kepada aku kembali

aku tak sanggup menikmati keindahan alam ini tanpanya
dia sudah menjadi sebahagian daripada hatiku
kehilangan dia umpama
aku kehilangan separuh daripada nyawaku

gadis itu . . . . pulangkanlah kembali sayangku kepadaku
aku merayu dan memohon buatmu gadis
jika kau gadis yang baik dan solehah
janganlah kau menyeksa manusia sekaum denganmu

sayang . . . .
aku mahu kejujuranmu
katakan semua ini hanya tipu
buktikan bahawa segala ini hanya khayalanku sahaja

gadis itu . . . .
lepaskan si dia agar kami kembali bersatu
agar hati si dia hanya untukku
fahamilah hati seorang kekasih terhadap kekasihnya

Ya Allah . . . .
banyak dugaan kau terhadap hambamu ini
andai semua ini benar
bantulah aku untuk mendapatkan kembali cinta hatiku


coretan : Hani Suhaila

You Might Also Like

1 comments

  1. http://ruangankalbu.blogspot.com/2012/03/jawapan-kepada-benarkah-ini-hakikatnya.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...