Cerpen : Cinta Zulaikha
December 02, 2012
"Assalamualaikum..," tegur suara seorang lelaki.."Aku tak pernah dengar alunan suara ini.." bisik hatiku.. aku lantas menoleh dan melihat gerangan empunya suara itu tadi.. benar, aku memang benar-benar tidak mengenali gerangan lelaki ini..
"Wa'alaikumussalam..," lambat aku menjawab kerana meragui siapa tuan punya badan itu.. lelaki itu nampak tenang dan tersenyum apabila aku membalas salamnya.. "nama awak apa ya?," soalnya padaku.. "ermm...Zulaikha..," balas ku agak gagap.. "ohhh, Nur Zulaikha? Nur Zulaikha Rozman?," lelaki tadi menyebut penuh namaku, aku semakin hairan. Bagaimana dia tahu nama penuhku? namun begitu, aku hanya sekadar mengangguk..
"Zulaikha macam terperanjat je, kenapa?," soal lelaki itu lagi kepada ku..
"macam mana awak boleh tahu nama saya?," soalan dibalas dengan soalan.. "Astagfirullah....maaf saya lupa memperkenalkan diri, nama saya Muhammad Qamarul. Panggil sahaja Qamarul..," dia tersenyum dan menyambung lagi "sebenarnya sudah lama saya perhatikan Zulaikha....dari mula-mula Zulaikha melangkah masuk ke dalam Kem Remaja Islam ini lagi..," terangnya....aku sekadar menggangguk..
"dan..saya juga yang menjaga di pintu pendaftaran itu tadi...mungkin Zulaikha tidak perasankan saya..," Qamarul menyambung lagi dan tersenyum selepas menerangkan semua....kini baru aku faham macam mana dia boleh tahu nama aku.... "Alhamdulillah, ada juga yang sudi menegur..maklumlah, saya baru disini...sekadar ingin menambah ilmu sahaja..," balas ku....kami dalam perjalanan untuk ke kantin selepas mendegar sedikit ceramah tentang aurat lelaki dan wanita di dewan utama....selepas solat Asar, pembelajaran akan dimulakan semula..
"umur awak berapa ya Qamarul?," aku bertanya kepadanya, rupanya nampak masih muda tetapi berjiwa matang.. "umur saya baru sahaja 19 tahun....Zulaikha pula macam mana?,"
"samalah seperti Qamarul, 19 tahun juga umurnya..," aku membalas pertanyaannya, Qamarul nampak peramah....bukan bererti yang lain tidak peramah..tapi dia nampak lebih peramah....penampilannya pula menyejukkan hati. Baju Melayu berwarna krim tetapi dia tidak pula memakai songkok atau kopiah dan hanya bersepatu jenama Adidas. Mungkin dia Muslim moden....fikirku sendiri..
Selepas Solat Asar....Qamarul memberitahu ku untuk ke dewan utama semula bagi pembelajaran seterusnya. Rupa-rupanya dia juga terlibat dalam pelaksanaa Kem Remaja Islam ini....Ibu dan bapanya adalah ketua Kem ini....Ibu dan ayahnya sudah warak, dan diwarisi oleh anaknya.. Bijak sungguh ibu bapa Qamarul mendidiknya.. hati ku terdetik....
Kali ini pembelajaran soal solat Fardhu dan Sunat....walaupun kedengaran solat Fardhu dan Sunat ini kita sudah biasa melakukannya, tetapi mungkin ada kekhilafan dalam solat itu yang tidak disedari seperti pembacaan sura Al-Fatihah....petang itu kami semua membetulkan pembacaan surah Al-Fatihah....rupanya surah yang kita hafal itu banyak kesilapan pembacaannya....tidak rugi mama menghantar aku ke sini....Alhamdulillah..
Dalam pada itu, aku terasa diri ini seperti diperhatikan oleh seseorang....diriku rasa seperti tidak selesa sahaja...aku menoleh ke kiri dan kenan....namun tidak pula terjumpa atau bertentang mata dengan si permerhati yang pandai memerhati aku secara sembunyi-sembunyi....tiba-tiba....ahhh! Qamarul rupanya yang memerhatikan aku...apa mahunya lelaki yang baru aku kenal beberapa jam yang lalu.. Aku mengabaikan pandangannya dan menerukan latihan membaca surah Al-Fatihah..
hari demi hari..cukup seminggu aku di Kem Remaja Islam ini....banyak yang aku belajar disini..keesokan paginya kami semua akan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dan malam terakhir ini akan pihak Kem Remaja Islam mahu memberikan sedikit amanat kepada kami semua.
"Assalamualaikum..," Suara Qamarul kedengaran di setiap pelusuk kem... "Saya terpaksa menggantikan ibu dan ayah saya....sepatutunya mereka yang berucap dihadapan ini pada malam terakhir inikan....tapi apakan daya, ibu dan ayah saya terpaksa berangkat ke kampung untuk menjenguk nenek saya yang sakit tiba-tiba....semoga dengan izin Allah, nenek saya sihat kembali hendaknya....," Qamarul pun menyampaikan amanat dan ucapan bagi mewakili ibu dan ayahnya.. namun begitu, matanya tidak lepas-lepas memandang dan memerhatikan diriku...kenapa dengan dia ini? sangat pelik..
selesai ucapan itu semua, kami semua bersalam-salaman....ada juga sedikit rasa sedi dan sayu ingin meninggalkan kawan-kawan ini semua....walaupun hanya seminggu tapi pelbagai telah dicoretkan di atas kertas yang pada mulanya putih, dan kini telah bermacam-macam corak yang indah..
"Zulaikha..?," Qamarul menegur...."Iya saya..kenapa Qamarul?," soal ku padanya..
"Zulaikha ada nombor telefon tak?," soalnya..
"Pastilah ada..kenapa?,"
"Kalau tidak kisah, boleh Qamarul simpan nombornya?,"
"Boleh saja....," aku pun menyebut nombor telefonku dan ditaip oleh Qamarul dan disimpan di dalam telefon bimbit kepunyaannya.. "Qamarul missed call saya..!," pintaku....selepas sahaja aku menyimpan nombor telefonnya....aku senyum dan meminta izin untuk pulang ke hostal. Banyak lagi barang-barang yang perlu dikemaskan..
sampai sahaja di hostel, telefon ku bergetar....
"Salamun Alaik..erm, lupa tadi nak cakap terima kasih..terima kasih ya sebab bagi nombor..,"
dari Qamarul rupa-rupanya....jari-jariku pun lincah membalas.."sama-sama..," ringkas!
"baiklah kalau begitu, saya tak nak ganggu waktu rehat awak....selamat berehat, Assalamualaikum," dia kembali membalas....aku hanya menjawab salam itu didalam hati sahaja....sebenrnya hati ini sudah terdetik sedikit rasa....seperti istimewa sahaja layanan yang Qamarul berikan kepadaku..
keesokan paginya....pagi ini benar-benar mengusik jiwa serta naluri wanitaku....kenapa aku merasakan ini....rasa yang cukup payah untuk aku ungkapkan...mengapa? Terasa sayu atas perpisahan ini, bukan dengan kawan-kawan tetapi dengan Qamarul..Ya ALLAH! Apakah maksud semua ini....aku termenung melihat jalanraya yang lenggang di subuh hari itu dari kantin....
"Zulaikha? termenung apa subuh-subuh begini?," suara itu....aku kenal! Qamarul.. "tidak ada apa-apa....sekadar melihat-lihat sahaja.." balasku dan tersenyum..
"Qamarul, nanti dah balik rumah, bagitahulah Zulaikha ya..mesej saja..," beritahuku.. Qamarul hanya menggangguk.. "Zulaikha....Qamarul nak pesan sesuatu.." kata Qamarul....aku tersu memandang mukanya....tapi tidak lama, aku berasa sedikit malu melihat lelaki bukan mahram ini..
"Kalau malau tak perlulah pandang..dengar sajalah..," Qamarul memerliku....terkeluar sedikit gelak ketawaku....
"mungkin lepas ni kita takkan jumpa lagi, Qamarul harap sangat Zulaikha tak lupakan Qamarul ya.. Ingat tentang persahabatan kita, kalau ada terjumpa dekat luar atau dekat mana-mana..tegur sajalah..," ucap Qamarul..kedengaran tulus dari hatinya....aku hanya menggangguk-angguk sahaja..
sudah tiba masanya untuk kami semua pulang, ibu dan bapa masing-masing telah pun sampai begitu juga dengan mama ku....aku menaiki kereta dan memandang ke arah Qamarul yang sedari tadi memerhatikan gerak-geriku....seperti tidak mahu melepaskan aku pergi....aku senyum dan melambaikan tangan ke arahnya sebagai tanda aku sudah mahu berangkat pulang..
dia membalas lambaian tanganku dan tersenyum..
sesampainya dirumah....aku mendapat mesej...."Assalamualaikum....saya dah sampai rumah dah..,"Qamarul..
"Wa'alaikumussalam, saya pun baru je sampai rumah.." aku membalas....dan selepas itu dia tidak membalas lagi....pada malamnya dan malam-malam seterusnya, Qamarul sering menghantar mesej kepadaku. dan aku juga membalas mesej-mesej itu dengan gembira dan ceria....kami semakin rapat sehingga pada suatu hari aku cukup yakin yang aku sudah mula jatuh sayang dan cinta kepada Qamarul....satu perasaan yang sungguh bahagia....tapi....
"Assalamuaiakum, ini Zulaikha ya?," aku membaca chat yang dihantar oleh seorang gadis di laman web sosial milikku..
"Wa'alaikumussalam, iya saya.. saya Zulaikha..kenapa ya?,"
"maaf mengganggu....sekadar ingin bertanya....ukti kenal dengan Qamarul?,"
"iya..saya kenal dengan Qamarul, saya kenal dia di Kem Remaja Islam..kenapa ukhti?,"
"tiada apa-apa....sekadar bertanya sahaja....salam perkenalan, nama saya Ainul..,"
"ohh..Ainul..salam perkenalan juga.."
aku tidak kenal siapa dia Ainul, selepas aku membalas chatnya yang terakhir itu, dia tidak lagi membalas dan kini sudah 2 hari selepas kejadian itu....aku pula ada bermesej dengan Qamarul, tapi tidak pula dia bercerita soal Ainul sehingga pada hari yang ketiga..
"Zulaikha....sebenarnya saya dah lama jatuh sayang dengan awak..," tiba-tiba Qamarul mencelah disebalik mesej-mesej itu tadi..
"benar Qamarul?," aku menyoal..
"Iya Zulaikha, saya tidak berbohong....kalau lah saya single sewaktu saya kenal awak di kem tu dulu, di situ juga saya masuk melamar dan mengikat awak sebagai tunangan saya.." kata Qamarul....hatiku tersambar!
"awak sudah ada yang punya?" soalku lagi!
"Iya....Ainul itu, dia adalah kekasih saya....tapi saya tidak tahu macam mana boleh jatuh sayang pada awak Zulaikha.. Awak sangat ajaib.." terang Qamarul....hatiku menangis tika ini....dia sudah berpunya, mengapa aku tidak mengetahui semua ini dari awal lagi..
"Qamarul....sebenarnya saya pun punya perasaan yang sama macam awak.."
"benar Zulaikha?"
"benar..saya tidak tipu....perasaan tu semakin saya pasti selepas kita berjauhan.."
"Alhamdulillah....saya tidak bertepuk sebelah tangan rupa-rupanya..tapi..apakan daya, saya sudah ada yang punya.."
"tidak mengapalah, mungkin kita tidak berjodoh" aku membalas mesej itu dengan begitu sayu sekali, aku menangis! Ya ALLA, aku fikir aku sudah jumpa pemilik tulang rusukku ini, rupa-rupanya tidak..
"Zulaikha....andai kita berjodoh, awak bahagia?"
"sangat bahagia..itu pun andai kita berjodoh.." aku membalas dengan sayu sekali!
hari demi hari kami membahaskan soal perasaan yang tidak berbalas ini sahaja..kini sudah genap sebulan perkenalan kami...aku ingin Qamarul masuk kedalam kehidupanku serta hatiku. namun apakan daya....Ainul juga sering menghantar mesej di laman sosialku....aku semakin dihimpit perasaan bersalah....aku sayang dan cintakan Qamarul, tetapi aku juga tidak sanggup melukakan hati dan perasaan kaum ku sendiri..Qamarul pula sudah hampir tiga hari tidak membalas mesej-mesej yang aku berikan....aku semakin dihimpit kesikitan...sehinggalah pada suatu hari..
"Assalamualaikum....Zulaikha..saya nak minta maaf sangat-sangat dekat awak sebab saya buat awak macam ni..saya sebenarnya bukan apa Zulaikha..Ainul macam nak tinggalkan saya bila saya beritahu dia yang dulu saya pernah suka dan sayangkan awak....awak pun tahukan yang saya tak sanggup kehilangan dia..dia segala-galanya bagi saya..sebab tu saya TERPAKSA lost contact dengan awak sebab saya tak nak Ainul fikir bukan-bukan tentang saya lagi..hmm...saya doakan awak bahagia dengan jodoh awak....bila awak sudah berjodoh, jangan tinggalkan jodoh awak tu nanti, Zulaikha..saya harap kita tetap kawan sampai bila-bila..kalau terjumpa, tegur-tegurlah ya..layan macam kawan. jangan benci dengan saya ya Zulaikha....terima kasih untuk segala-galanya..ini mungkin mesej terakhir dari Qamarul, jaga diri baik-baik dan jangan sesekali lupakan hubungan persahabatan kita ya Zulaikha....dan kalau tidak keberatan, datanglah ke majlis pernikahan kami di rumah saya....saya harap sangat awak datang..ya, Zulaikha....Assalamualaikum.." menitis air mataku membaca mesej dari Qamarul....permulaan yang indah tapi pengakhirannya sudah melukakan....aku tidak membalas mesej itu...
selang dua hari, aku mendapat kad jemputan perkahwinan dari Qamarul....Ya ALLAH, sayu hatiku membaca isi kandungannya....Walimatul Urus Qamarul & Ainul..indah sungguh nama mereka berdua....bertuahnya Ainul dapat menjadi suri di hati Qamarul....
mahu tidak mahu, aku pergi juga ke majlis akad nikah perkahwinan mereka....aku menyalami ibu Qamarul, kami saling mengenali bermula dari kem dulu....sewaktu aku tiba, pengantin sedang berarak....bertambah sayu hatiku....lelaki pertama yang aku cintai sudah mendirikan rumah tangga....Qamarul memandang ku, wajahnya tampak sayu. Namun apabila terlihatkan aku, dia tersenyum riang....mungkin dia bahagia aku disini....dia gembira di atas tangisanku....
aku juga dijemput oleh ibu dan ayah Qamarul untuk merenjis air mawar kepada pengantin....Ya ALLAH....peritnya hatiku....untuk tidak menjatuhkan air muka kedua-dua orang tua Qamarul, aku bangun juga dan mendekati pasangan pengantin itu....jatungku berdegup kencang.... Air mawar ku ambil dan ku renjiskan pada kedua-dua pengantin....air mataku pula mula bertakung....ku ambil pula bunga rampai dan ku letakkan di telapak tangan Qamarul dan Ainul....aku berdoa di dalam hati agar dapat merasa keperitan ini....aku memberi sedikit ucapan kepada Qamarul dan Ainul..
"Qamarul....Zulaikha ikhlas melepaskan Qamarul bersama Ainul....jaga diri baik-baik ya..terima kasih untuk segalanya-galanya.." aku tersenyum....aku berdiri pula di hadapan Ainul....aku berjabat tangan dengannya dan menyampaikan sesuatu "Bertuah Ainul dapat menjadi suri Qamarul....jaga dia baik-baik ya Ainul....saya minta maaf sebab menjadi pengganggu hubungan Ainul dengan Qamarul...." kini tak dapat di tahan-tahan lagi...suara ku sedikit tersedu-sedu dan air mataku sudah mula mengalir....aku menyeka air mataku dan terus ke arah ibu Qamarul.
Dalam keadaan yang di kawal, aku menyalami ibu Qamarul dan meminta izin untuk pulang....sepanjang perjalanan, aku menghamburkan semua air mata yang ku tahan-tahan di hadapan Qamarul dan Ainul sebentar tadi....Ya ALLAH! Kuatkan hatiku!
sudah setahun aku tidak mendengar sebarang khabar berita dari Qamarul....terserempak dengan dia di luar juga tidak ada....kadang-kala aku terfikir adakah dia masih ada dimuka bumi ALLAH ini atau sebaliknya? Astagfirullah....daripada pengalaman ku ini, baru aku sedar. Tidak semestinya apabila kita mencintai seseorang, kita juga turut memiliki jasadnya....andai itu berlaku, sungguh bertuah gerangannya itu, seperti Ainul yang dapat memiliki Qamarul....tetapi sayang, hati ku yang punah dan hancur dek kerana cinta!
Cinta yang Qamarul berikan dan semua kenangan indah bersama-sama dengan Qamarul tidak pernah aku lupakan....aku ingat pesanan Qamarul, untuk tidak melupakan persahabatan kami....walaupun aku kata yang aku sudah tidak mencintai Qamarul, tapi sebenrnya cinta aku terhadap Qamarul telah ku simpan di tempat yang paling istimewa....kerana dialah cinta aku kerana ALLAH...aku mencintainya kerana ALLAH....terima kasih Ya ALLAH! ku hargai cinta ini..
moral of the story : Cinta itu umpama pasir dilautan, apabila ditiup angin pantai yang kencang. Ianya mudah berubah....dan peritnya rasa cinta itu seperti ombak yang menghampas pantai....tetapi apabila cinta itu digabungkan dengan keredhaan-Nya....ianya akan menjadi cinta yang tulus dan suci tanpa sebarang cela, dan apabila cinta kepada manusia itu tidak berbalas....Kita tetap redha dan menerima takdir itu dengan hati yang terbuka....Insya-ALLAH..
Nukilan : Hani Suhaila
Harapan Hani supaya pembaca dapat menerima cerpen Hani kali ini, lama sudah hani tidak menulis dan ini adalah janji Hani untuk menulis selepas tamat SPM. Alhamdulillah! Siap juga dalam masa 2 jam! Idea yang datang secara tiba-tiba sahaja lantas Hani coretkan di Coretan Pelamun kesayangan Hani ini :) Assalamualaikum :)
0 comments