Air Mata Isteri Kerana Suami Yang Dicintai

November 15, 2011

Salam!! Hari ni hani nak kongsi sikitlah . sebelum tu maaf kalau ada typing error . faham-2 aje lah ye kalau ade typing error tu . Perhubungan suami dan isteri akan wujud jika cukup syarat-2 perkahwinan yang ada lima dalam Islam . iaitu yang pertama ada bakal suami, bakal isteri, wali, saksi, ijab dan kabul . Bila si bakal suami telah melafazkan . aku terima nikahnya ****** dengan mas kahwin nya ***** . maka secara automatik . wanita itu telah sah menjadi siteri kepada si suami dan tanggungjawab keluarga perempuan itu sudah terputus! semuanya sudah diserahkan keada suami..


bermulalah detik baru dalam perhubungan . ada yang berkahwin atas dasar cinta sebelum nikah . ada yang kahwin atas dasar pilihan keluarga di mana tak pernah terlintas di hati untuk saling mencintai . kebiasaannya yang berkahwin dan bercinta sejak sebelum nikah lagi yang ada masalah yang bakal hani katakan ini . si suami mencintai wanita lain selepas itu . Cinta yang lama disemai bagai tidak membawa maksud apa-apa buat si suami . Isteri yang setia umpama patung berhias yang tidak punya erti apa-apa . Inikah yang di namakan nafsu oleh lelaki?



Bagi wanita yang tabah . Dia tidak merungut, dia tidak berkata apa-apa melainkan hanya mendiamkan diri dan menggugurkan air matanya . Itulah sifat wanita . Kuat pada zahirnya tapi bila berkaitan dengan perasaan . Sungguh lemah! Kenapa ada lelaki yang sanggup memainkan perasaan wanita sebaik ini? Tak cukup dengan layanan wanita ini sehingga mencari kebahagiaan di luar? Apa kelebihan wanita di luar berbanding si isteri yang setia bersama sepanjang umur . yang telah bersusah payah cuba untuk melahirkan zuriatnya untukmu wahai kaum lelaki .



Lihatlah air mata wanita ini . Bayangkan air mata ini gugur pada wanita yang telah bersusah payah demi mu lelaki . Sanggup kamu melihat air mata ini gugur setiap detik? Hani hanya memberi sedikit kesedaran kepada lelaki . Tidak lupa juga kepada perempuan . Tidak semua lelaki kejam . Tidak semua perempuan itu juga kejam . Cinta, hati, dan perasaan itu tak salah . Tapi si pengawal nafsu tu yang salah!  Untuk apa solat 5 waktu penuh tapi tak pandai mengawal nafsu . Hanya mencari keseronokan yang hakikatnya hanya menambah dosa dan membuant anak-anak berasa jijik dengan ibu atau bapanya sahaja .

Sampai sini dahulu luahan hati hani . sesiapa yang baca blog hani dan baca tajuk ni . harap ambil iktibar ye . Banyak yang perlu kita belajar selagi nyawa dikandung badan . salam . (:


You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...