Impian Dan Matlamat 2013

September 01, 2013

Assalamualaikum :)

haiii silent reader, entry kali ni hani nak share sikit hani punya impian dan matlamat. haaa. hehe, sebenarnya hani nak aktif sangat-sangat dalam dunia blog di samping tak abaikan pelajaran hani. sebab tu kalau ada sesiapa perasan hani punya caption atau intro dekat Facebook, WeChat, Insta dan yang lain-lain. hani akan tulis "part-time blogger, full-time student" hihihi.

tu impian hani la dan matlamat hani nak jadi Blogger yang dikenali ramai macam Irine Nadia, Lyssa Faizureen ataupun Vlogger hebat macam Mat Luthfi, Anuar Hadi, Qawiem Khairi dan lain-lain. hehe. niat utama sebab nak ceburkan diri dalam dunia perniagaan. sedang berjinak-jinak ke arah itu ;) dan semua itu perlu bermula dengan blog hani yang biasa-biasa ni haaa. bila ramai dah follow dan dah tahu blog hani, senang nak promote macam-macam jenis produk atau apa-apa item yang nak dijual tu kan. betul tak? hihi

jadiiii, hani minta doa dari semua yerrr :) minta dipermudahkan segala urusan untuk berjinak ke arah perniagaan online. hehe :) itu matlamat dan impian hani tahun 2013 ni. arap-harap dapat jadi kenyataan. dan dapat diteruskan hingga ke tahun-tahun yang seterusnya.. lagi satu, hani nak study smart untuk PSPM 1 nanti. nak dekat dah tauuuu. matrikulasi memerlukan fokus yang banyak. tapi hani tak nak lepaskan blog hani sebab hani nak grab dua-dua. cuma minta doa dari semua. doakan yerrrr :')

**tutup pasal tu, cerita pasal lain**

gambar hari Jumaat hari tu, 30/08/2013. hehe. hari jummat hari tu rasa penatttt sangat nak pergi kelas sebab stay up sampai pukul 4:00pagi baru tidur. sebab apa? sebab siapkan kerja lahhh. hehehe. roommates masa tu pun semua stay up jugak, ada yang study tapi hani dengan sorang lagi roommate tu stay up sebab menyiapkan Chemistry punya assignment. esok tu dah nak submit. arghh, gila sikit la. hehe. tapi macam biasa, hani dah telan Nescafe Ipoh White Coffee. mata segarrr jer. hoho.

gedebak-gedebuk pukul 4:30pagi jugak mata ni terlelap. dan dan dan! lambat bangun esok tu. haha! bangun pukul 7:00pagi, bersedesupppp pergi mandi dan memang Subuh gajah la masa tu. haihhhh.. teruk betul -,-" pagi-pagi pulak ada kuliah, tu yang buat makin kelam-kabut! kalau lambat pergi nanti penuh dan kena duduk belakangggg sekali. benci! haha. tapi sebelum pergi, minum lagi Nescafe Ipoh White Coffe supaya tak ngantok dekat kuliah + bawak earphone. kot kot ngantok, boleh dengar lagu kan. banyak gila cara hani buat untuk elak tak tidur dekat kuliah. hihi

nasib hari Jumaat, kuliah habis pukul 12:00tengah hari. habis kelas, terus pergi kafe untuk makan. lepas tu naik bilik, terus ambil gambar. haha. gambar atas tu lah ;) dekat Facebook, ada sebilangan yang kata bilik hani selekeh. weeee, sorry yer. kalau hari kelas memang bilik macam tongkang-pecah. tapi kalau hari minggu, suci murni jer. hehe :P banyak komen pulak mereka :)

dah berangan dengan gambar semua, apa lagi? tidurrrrrrr. bayar hutang tidur. bangun kejap untuk Zohor lepas tu tidur balik sampai Asar masuk. nampak tak kesungguhan tidur tu? :P

malam pulak ada Majlis Hari Raya besar-besaran dengan ambang Merdeka. memang gempak gila lah. macam-macam persembahan ada malam tu. ada drama, nasyid, qasidah, sajak dan banyakkkk lagi. semua tu mula lepas Isyak, lepas pukul 9:00malam. meriah sangat malam tu. dah dekat-dekat nak pukul 12:00pagi, kami semua menyanyi lagu-lagu patriotik yang dibuka sambil kibarkan bendera. malam tu semua nampak macam release sangat. selalukan study memanjang, bila ada event macam ni. memang enjoy habis lah. hehe

hani suka gambar ni! hohoho.. malam ambang merdeka. spotlight memang penuh satu dataran tu. sebab tu masa bergambar ni ada cahaya spotlight tu memantul. rasa macam ada pancaran NUR di situ. wahhh, perasan gila. haha :P

lepas kemas-kemas semua, dalam pukul 1:00pagi jugak baru balik bilik. buat itu, buat ini..pukul 2:00pagi jugak baru mata ni tertutup. dan pagi esok tu pun Subuh gajah lagi. haha. terbagun pukul 8:00pagi. dah lah cikgu ada buat extra kuliah pukul 8:30pagi. dah macam hape kelam kabut dia pergi mandi. teruk betullahhhh. rasa macam nak lempang muka sendiri :( hehe

lepas extra kuliah, terus naik bilik dan tidur. tu jer kerja dia. hehe. bangun pun sebab dah masuk Zohor. lepas tu baring kejap dan bangun buat homework sikit sampailah Asar. dan lepas Asar tu, kegilaan apa yang melanda, hani terus pakai pashmina yang along bagi masa hari raya hari tu. tak bersentuh lagi! sebab tak ada baju plain yang sesuai nak digandingkan dengan pashmina hani tu. rasa-rasa cun, terus ajak roommate pergi shoot dekat luar bilik. berlatar belakangkan pokok-pokok hijau di KMJ. wahaha..

lawakan pashmina diaaaa.hehe. suka gila warna dia. sangatttt lah cantik! ;)

ni background dia putih sebab salah tampat untuk pose. haha. mata pun ala-ala macam juling. apa daaa. 

yang ni, roommate kata macam orang mati laki. ayat diaaa, haha. sebenarnya tak tahu nak pose apa tau. buntu gila tapi nak shoot. err -,-"


dannnn, baru nampak muka penuh. hihi. hani tak pakai spect pun masa ni. terasa macam nak cari lens lepas ni. tapiiiii, fulusnya tak berapa nak cun! so, kena cari inisiatif untuk dapatkan duit. huhu! ;) 

kalau ada sesiapa yang berkenan dengan pashmina ni, boleh email hani dekat :

hanisuhaila@yahoo.com

banyak lagi variasi warna yang korang nak. tapi kakak hani belikan warna pink sebab dia tahu hani suka pink. hoho. okay. tu jer yang hani nak bercerita. penat dah type panjang-panjang. jadi, silalah follow blog hani ramai-ramai. awak-awak semua mesti dapat macam-macam info tauuu ;)

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...