Assalamualaikum, haii :)
dah lamaaaa baru hani nak update pasal teater ni. hehe. adalah dalam 2 minggu lepas kelas hani, MT 5 melalui hari-hari yang sangat sibuk untuk pertandingan teater di saat-saat akhir. 13 September 2013, selesai juga pertandingan Teater Komedi Kuda Kepang. ada 8 kumpulan yang bertanding dan semuaaa bertemakan komedi kuda kepang..
hari Khamis, sehari sebelum bertanding. hani sebagai pengarah kena pergi bilik kaunseling dengan pengarah-pengarah yang lain untuk cabut undi. sebelum cabut undi, cikgu cakap siapa yang dapat nombor genap akan bertanding dengan nombor genap sahaja dan siapa nombor ganjil, macam tu jugak lah jalan cerita dia. kiranya akan ada dua JOHAN untuk pertandingan kuda kepang ni. haaa.. hehe
dan hani pun dapat nombor 6, alhamdulillah sebab tak bertanding dengan kumpulan kakak-kakak dengan abang-abang PDT yang sama cikgu Ko-K dengan MT5 sebab diorang dapat nombor giliran 1. hehe. hani takutttt sangat kena bertanding dengan diorang. haaa..
tapi masalahnya, hani kena bertanding dengan kelas kawan hani, MT7. haha. rasa macam, pehal lak boleh bertanding dengan dia niiiii. haish! tapi kami tetap teruskan semuanya dengan sabar. nak cerita dekat sini, seminggu sebelum bertanding. memang kelas MT5 diserang penyakit baran. semua nak marah, semua nak angin satu badan. berangin jer semua. haishhh. semua tu perkara biasa tapi tak syok lah satu kelas bermasam muka. lastly, masing-masing duduk berbincang. ALHAMDULILLAH kembali seperti biasa.
Penolong Praktikum pun banyak membantu. yelaaa, hani ni pengarah jer. kelas tu tetap monitor dengan assistance monitor punya kerja untuk uruskan. hehe. ALHAMDULILLAH, masa hari pertandingan tu semua semangat dan ukhuwah antara kami makin akrab. cuma hani macam kelam kabut sikit sampai anak buah semua tegur "relaks hani, jangan gopoh" haha. memang laaa, risau tau :)
bla bla bla..
habis persembahan kamiiii, semua juri dengan penonton macam seronok sangat dengan persembahan kami. hani tak arapkan kemenangan. diorang buat yang terbaik jer pun dah cukup baik. serius! ^_^ tapi, alhamdulillah sebab kelas kami JOHAN!!! :D
nak dijadikan cerita, hani tak tahu satu benda pun pasal kemenangan tu. lepas maghrib, hani pergi balik Dewan Seri Ledang (DSL) sebab nak tengok persembahan terakhir, persembahan MT7. kelas kawan baik hani tu. best jugak persembahan diorang. dah habis semua,hani pergi backstage sebab nak cari buku nota yang tertinggal. hehe. rupanya kawan hani, hafiz tu dah bagi dekat classmate hani. haaa. lepas tu bergambar kejap dengan dia..
ni gambar curi! haha :D
lighting terukkkkk sangat. tu muka masing-masing dah macam ape. tapi tetap handsome dan cun. haha, perasan gila -,-"
lepas tu nak tunggu apa, balik arrr. rasa lapar pulak tetiba kan sebab sehari tu apa pun tak masuk kat perut kecuali air mineral. dan hafiz pun cakap yang hani dapat nombor satu. rasa macam dia bohong sebab MC kata result keluar hari Khamis. terus bla tak fikir apa dah.
tetiba classmate mesej cakap kelas hani menang dapat JOHAN! sukaaaa sangat masa tu! haha. terlompat-lompat kot dekat kafe masa tu. classmate yang lain semua datang kat hani dengan muka berseri-seri. haha. ada yang kata, tak sia-sia hani marah diorang. tak sia-sia gaduh, tapi JOHAN. besttttt sangat masa tu. rasa penat selama ni semua hilang! ALHAMDULILLAH ^_^
ohh ye! PDT yang sama Ko-K dengan hani dapat 2nd place. ALHAMDULILLAH! menang jugak diorang. dan kelas kawan hani, Hafiz tuh dapat 3rd place. semua menang. yeay!
MT5 dengan Puan Sariah, guru Ko-K yang banyak membantu ^_^
Penari kumpulan 2. wehehe ;)
MT5 lagiiii. hani post gambar ni dekat INSTA seari sebelum bertanding. minta doa dari semua masa tu. hehe
ahli MT5 yang dah menjayakan teater niiiii. penari kedua yang di ajar penuh oleh HANI SUHAILA. haha. dan para ZOMBIE yang menggila masa nyanyian lagu Pulangkan dan paling best, penyanyi dia HANI SUHAILA. haha :P tapi nyanyi kat backstage jerr. huhu
dan akhir sekali, HANI SUHAILA merangkap sebagai
- PENGARAH
- KOREOGRAFER Tarian Kuda Kepang Kumpulan 2
- PENARI kumpulan 2
- PENYANYI kat backstage
HAHA! lol :P
okay, tu jer setakat ni. hani dah dekat final exam. minta doa dari semua untuk doakan kejayaan hani dengan sahabat-sahabat. In Shaa ALLAH, cuba grab pointer 3.5 ke atas. moga dipermudahkan. ALLAHUMMA AAMEENNNN :)
bye, assalamualaikum~