Bukti Saya Sayang Dan Cinta

April 22, 2012

Ini tentang kisah seorang wanita bernama Hana. Seorang isteri kepada Muzaffar yang telah mendirikan rumah tangga selama 2 tahun. Hana adalah doktor di Hospital Universiti Kuala Lumpur.. Nur Hana Zawawi. Itulah serba sedikit tentang diri Hana. Banyak kisah duka berbanding suka dalam kehidupan Hana. korang semua mungkin hanya mampu baca namun Hana yang menanggung segala keperitan hidup ni.

"Assalamualaikum" Muzaffar seperti biasa memberi salam sebelum masuk ke rumah mereka. Namun ada nada yang aneh di sebalik ucapan Muzaffar tadi. Hanya Hana yang dapat merasakan perubahan itu.

"Wa'alaikumussalam, abang" Hana membalas salam yang diberikan Muzaffar dan meluru ke pintu masuk rumah mereka. Tangan lelaki Muzaffar di sentuh dan di salam seperti biasa. Terasa ketenangan dalam diri Hana. "Abang nak makan?" soal Hana. Hari ni Hana pulang cepat dari kerja berbanding biasa kerana Hana nak sediakan makanan yang paling istimewa buat suami tercinta. Disebabkan kesetiaan yang tinggi, Hana menunggu kepulangan Muzaffar dahulu kerana niat Hana untuk makan bersama-sama dengan Muzaffar di samping mahu berkongsi satu berita yang pasti menggembirakan Muzaffar.

"Abang nak mandi dulu, lepas tu abang nak bincang sikit dengan Hana. Bolehkan?" Soalan dibalas dengan soalan. Hana hanya mengangguk. Muzaffar terus ke kamar mandi untuk menyegarkan diri. Usai mandi, Muzaffar melihat pakaian untuk dipakai malam itu telah disediakan oleh Hana di atas katil. Tidak hairan bagi Muzaffar kerana itu sememangnya tugas Hana sejak mereka mula-mula kahwin lagi. Selesai memperkemaskan diri, Muzaffar pergi ke ruang tamu tempat mereka biasa beriadah pada waktu waktu senggang sebegini..

"Abang....dah nak makan?" Hana beria-ia mengajak Muzaffar makan dari tadi. Manakan tidak, dia sudah lapar kerana seharian menunggu kepulangan Muzaffar dari pejabat. Muzaffar menarik lengan Hana yang sudah berdiri untuk pergi ke dapur "Hana....five minutes. Abang nak bincangkan sesuatu.." Hana kaku, nada Muzaffar berlainan benar dari biasa. Nada serius dan lain daripada yang lain. Tanpa mahu berifkir panjang, Hana duduk di samping suaminya..

"ye abang....kita nak bincang apa ni?" Hana memulakan perbualan.. hampir lima minit kemudian baru Muzaffar bersuara..

"Hana....abang nak anak. Hasil dari abang dan Hana.." terluah juga kata kata itu.. Hana tersenyum manis.. "abang...." belum sempat Hana menghabiskan kata-kata, Muzaffar memotong.. "abang faham yang Hana tak boleh beri zuriat pada abang.. 2 tahun abang menunggu zuriat hasil kita tapi semua hampa.. abang ada cara lain untuk dapatkan zuriat abang.." Muzaffar meluahkan satu persatu.. Hana sedikit tergamam dengan apa yang Muzaffar katakan, dia tahu Muzaffar menunggu selama 2 tahun menanti kehadiran zuriat kami. Mana kesabaran dia selama ini? Hana bertanya pada diri sendiri..

"apa dia abang?" Hana menyoal Muzaffar dengan nada sedikit terasa..
"abang kahwin lain....tapi abang terpaksa lepaskan Hana sebab abang tak mampu berlaku adil dengan kedua-dua isteri abang kalau abang kahwin dua.." Hana tersentak! Air mata mula bertakung di mata Hana. namun dia faham dengan suaminya itu, setiap suami inginkan zuriat.. namun Hana cuba mempertahankan hubungan suami isteri itu..

"abang....kalau abang kahwin lain, mungkin abang akan dapat zuriat. Tapi, pernah tak abang fikir macam mana dengan Hana? Hana inginkan zuriat juga. Terutamanya zuriat hasil dari kita berdua, dari benih abang. 2 tahun Hana sabar dan sabar dengan dugaan ni. Hana fikir, abang pun mampu bersabar sama macam Hana.."

Muzaffar terdiam. betul apa yang Hana katakan, jika dia kahwin lain. Dia pasti akan mendapat zuriat tapi Hana? Tetap berada di takuk yang sama. Sendirian tanpa suami dan anak.. Namun, nafsu menguasai diri Muzaffar. Matlamatnya hanya mahukan anak.. "Tapi, abang sangat mahukan anak.. Kalau tak dapat dari hasil kita berdua, tak apalah. Dengan sesiapa pun abang boleh memiliki anak abang sendirikan? Asalkan abang ada anak.." Muzaffar tetap berkeras..

Air mata Hana tak mampu ditahan lagi.. Akhirnya mengalir juga air mata wanita itu, lain benar sikap Muzaffar hari ini.. Andai dihalang, dia akan berkeras. Akhirnya Hana memberi kata putus.. "Abang Muzaffar, kalau abang rasa memiliki anak lebih penting walau dengan sesiapa pun yang abang mahu. Teruskanlah dengan niat itu. Hana terima segala ujian dan dugaan ini. Mungkin jodoh kita memang tak ada lagi.." Hana terus melangkah masuk ke bilik mereka, tapi Hana tidak mengunci bilik itu kerana itu bilik mereka. Muzaffar pasti akan masuk.. Perut yang lapar tadi kini sudah tiada rasa apa-apa..

Hana mengusap lembut perut yang terisi janin yang baru berusia 3 minggu. Inilah berita dan inilah punca Hana pulang awal untuk menyediakan makanan teristimewa buat suami tercinta. Inilah detik indah yang mereka tunggukan selama ini. Tapi, kenapa di saat indah ini ada peristiwa hitam yang terpalit diantaranya? Hana nekad untuk merahsiakan hal ini. Bila mendengar penjelasan Muzaffar tadi. Muzaffar seperti menganggap Hana tiada harga diri. Bila apa yang diinginkan tak dapat diperoleh. Hana dicampak merata.

Hana akhirnya tertidur dalam tangisan.. Dia terjaga bila mendengar sedikit gangguan di dalam biliknya. Jam menunjukkan pukul 11malam.. Dalam keadaan mamai, Hana bangun dan melihat suami tercintanya sedang mengemas-ngemas barang peribadi dan memasukkan barang tersebut di dalam bagasi besar..

"abang nak pergi mana?" soal Hana..
"pergi dari rumah ni.." jawab Muzaffar seperti tiada perasaan..
"tapi kenapa abang? abang dah tak pedulikan Hana lagi?" Sayu suara Hana bertanya..
"tak lama lagi, kita jumpa di mahkamah untuk selesaikan kes cerai kita ni" Muzaffar memandang Hana dan menyambung mengemas barang kembali.. Hana tak berani mahu menganggu, kerana usia kandungannya terlalu baru dan dia mahu menjaga cinta hati mereka ini sebaik baiknya walaupun tanpa pengetahuan suaminya. Dia tahu suaminya akan mengganas kalau Hana cuba menghalang..

Muzaffar membawa bagasi yang penuh dengan barang peribadinya keluar dari bilik, kunci kereta sudah berada di tangan Muzaffar. Hana bangun dan mengikut jejak langkah Muzaffar.
"abang.." Hana menyeru nama suaminya dengan lembut.. Muzaffar berpusing ke belakang melihat Hana yang kelihatan kusam. Wajahnya pucat seperti tidak sihat, namun dia hanya mendiamkan diri dan membatu..

Dengan spontan Hana memeluk suaminya itu yang tidak lama lagi akan menjadi bekas suaminya.. "abang....maafkan Hana sebab tak mampu nak berikan zuriat buat abang.. Bukan kuasa Hana tentang hal ini.. Hana harap abang halalkan segala makan minum Hana. Segala apa yang abang dah beri pada Hana, halalkan ye.. Hana tahu, ini adalah kali terakhir Hana dapat peluk abang macam ni. Hana doakan abang bahagia dengan kehidupan baru, dengan isteri baru.." Hana melepaskan pelukan dengan airmata yang mengalir di pipinya..

Muzaffar hanya mendengar dan melihat sahaja wajah Hana. Mana mungkin dia berhenti mencintai wanita dihadapannya ini. Namun, dia perlu pergi untuk menikahi wanita lain bagi mendapatkan waris buat dirinya..

"Hana.. bila kita cerai nanti. Abang akan berikan rumah ni sebagai hadiah untuk Hana. Duduklah disini dan jaga rumah ni macam Hana jaga selama ni.." Muzaffar berlalu dari situ.. Hana mencapai pen dan secebis kertas, Hana pantas mencoretkan sesuatu di kertas itu dan mengejar Muzaffar kembali yang sudah membuka pintu kereta milik Muzaffar. Hana memasukkan cebisan kertas itu tadi ke dalam poket seluar Muzaffar dan memeluk suaminya dengan erat buat kali yang terakhir sebelum mereka berpisah..

Muzaffar terpaksa melepaskan pelukan Hana dan terus menaiki kereta miliknya dan berlalu dari situ. Hana hanya merenung dan berlari ke pintu pagar untuk melihat kereta milik Muzaffar pergi dari situ.. Teresak esak Hana menangis mengenangkan nasib dirinya.. Sampai di suatu tempat, Muzaffar memberhentikan keretanya di bahu jalan dan mencari cebisan kertas yang diberikan olah Hana tadi..

"Cinta kamu hingga ke syurga. Muhammad Hazfar Bin Muzaffar"

Muzaffar pelik. "Muhammad Hazfar Bin Muzaffar?" Muzaffar tentanya-tanya sendirian. "Siapa Muhammad Hazfar? Bin Muzaffar lagi.. anak aku ke? Tak mungkin, Hana bukan mengandung pun.." 

8 bulan kemudian..

kini usia kandungan Hana sudah berusia 8 bulan 25 hari. Perut semakin membesar, namun kerjaya sebagai seorang doktor tidak diabaikan. Dah lapan bulan Hana tidak bertemu bekas suaminya selepas pertemuan terakhir Hana dan Muzaffar di mahkamah tempoh hari. Sayu hati Hana mendengar lafaz talak dari mulut Muzaffar untuk dirinya..

"Hana....you tak nak cakap dengan ex-husband you yang you ni pregnant?" Soal Fatin. 

"kalau I nak cakap, dari dulu lagi I dah cakap. Tapi, you tak tahu deritanya kehidupan I dan perit hati ni menelan segala kata-kata dari Muzaffar dulu sebelum dia ceraikan I" balas Hana.

"Okay..okay.. Jangan mulakan, nanti airmata I mengalir lagi. You kalau buat cerita sedih, memang sadis sangat.." Fatin menyerah. selama Hana mengandung, fatin umpama menjadi doktor peribadi Hana. hana seorang doktor, mudah untuk dia pergi check-up kandungannya di hospital itu kerana semua di situ merupakan kawan baiknya. Sikap peramah Hana, menjadi daya tarikan semua orang disitu..

Selepas membuat check-up tentang kandungan Hana, Hana memulakan langkah untuk solat Zohor. Usai solat Zohor, Hana mahu pulang ke bilik doktor miliknya. Tiba-tiba ada suara seorang perempuan memanggil nama Hana.. Hana berpaling dan paling memeranjatkan, itu suara ibu mertuanya..

"Assalamualaikum mak.." Hana memberi salam dan menyalami ibu mertuanya itu..
"Wa'alaikumussalam.." ibu mertua Hana membalas salam Hana, matanya tidak lekang memandang perut Hana yang besar kehadapan itu..

"Mak..jom masuk bilik Hana dulu.." Hana menjemput. Ibu mertuanya hanya menurut.. Hana mempelawa ibu mertuanya duduk. Keadaan bilik itu sangat sunyi kerana tidak seorang pun memulakan kata..

"Hana dah kahwin lain ye..?" ibu mertuanya memulakan perbualan.. Hana hanya menggeleng.. "Hana mengandung?" soal ibu mertuanya lagi.. Hana pula hanya mengangguk. Dia risau kalau rahsia ini terbongkar kepada Muzaffar. Dia tak mahu Muzaffar tahu soal ini.. "Kalau Hana tak kahwin lain, ini anak siapa?" Soal ibu mertua Hana bertubi-tubi..

"Muzaffar.." pendek saja jawab Hana.. Ibu mertua Hana terperanjat! 

"Muzaffar tahu?" soalnya lagi. Hana menggeleng lagi.. "Hana....ceritakan dekat mak.."

Hana diam membatu.. tiada apa yang perlu diceritakan. Semuanya sudah berakhir walaupun dia cerita segala-galanya.. "Hana....ceritakanlah. Mak nak tahu kebenarannya.." merayu rayu ibu mertua Hana kepada Hana..

"Hana dah mengandung masa Muzaffar cakap nak lepaskan Hana. Hana cuba untuk pertahankan hubungan tu tapi Muzaffar cakap, dia nak anak. Tak kira dari sesiapa pun asalkan dia ada waris. Hana tawar hati bila dia cakap macam tu.. Jadi, Hana simpan semua rahsia ni.. Muzaffar pun macam tak sabar sangat untuk kahwin lain dan ada anak.." Hana terpaksa memutarkkan kembali kisah kisah lama.

"Hana tetap nak rahsiakan hal ni?" Soal ibu mertua Hana..

"Ye mak, biarlah dia tahu sendiri. Bukan dia saja yang mahukan anak. Hana pun nak anak juga. Tapi dia kata dia boleh dapat anak dari sesiapa pun asalkan dia dapat anak. tapi Hana bukan macam tu, Hana hanya mahukan anak dari dia. Kalau Hana beritahu dia yang Hana mengandungkan anak dia, dia mesti akan ambil anak ni nanti.. Hana tak sanggup. Ni bukti cinta dan sayang Hana pada dia.." Hana mengalirkan airmata. Ibu mertuanya hanya melihat saja penderitaan wanita dihadapannya..

sebulan selepas itu..

Kandungan Hana semakin matang....Kini dia hanya menunggu hari untuk melahirkan zuriatnya yang menjadi penantiannya setia hari.. hana mengelus kembut perutnya yang terkandung hero milik Hana..! "Hazfar nanti jadi anak yang baik tau.. Mama sayang Hazfar.. Hazfar ni bukti cinta dan sayang mama pada papa. Bukti mama sayang dan cintakan Hazfar dengan kasih sayang yang mama beri selama ni dan yang mama akan beri lepas Hazfar lahir nanti..

Pintu bilik doktor Hana terbuka tiba tiba. Terperanjat apabila Muzaffar terpacul di muka pintu. Keadaan Muzaffar sama seperti dulu, masih kelihatan gagah dan tenang riak wajahnya.. Muzaffar duduk tanpa dipelawa di hadapan Hana..

"Assalamualaikum.." Muzaffar memberi salam dan menghulurkan tangannya..

"Wa'alaikumussalam.." Hana membalas perlahan dan membiarkan huluran tangan Muzaffar. Mungkin Muzaffar sudah lupa yang mereka sudah bercerai..

"Maaf, abang lupa.." Muzaffar bersuara.. Kan dah kata! Dia pelupa.. Hana hanya tersenyum.. "tak apa.." balas Hana..

"Anak kita sihat..?" soal Muzaffar.. "Anak kita?" soal Hana kembali. "yup! anak kita.. tuuu" Tunjuk Muzaffar pada perut Hana yang menunggu hari untuk melahirkan hero mereka.. Hana hanya mendiamkan diri..

"Hana....kenapa tak beritahu abang yang Hana mengandungkan anak kita?" 

"untuk apa? supaya mudah untuk abang ambil anak kita ni? abangkan dah kahwin lain. Dah dapat anak dari isteri baru, buat apa merebutkan anak Hana lagi?" 

"bukan itu maksud abang....ini anak kita Hana. Bukan anak Hana seorang.." 

Hana diam....malas mahu meneruskan kata-kata... "Hana....kita kahwin semula.." ucap Muzaffar..

"Kahwin semula? abang gila ke?" Hana mula naik radang..

"Abang nak jaga anak kita sama sama.." 

"Hana dulu suka sangat bila abang lafazkan "Aku Terima Nikahnya Nur Hana Zawawi" itu detik paling bahagia dalam hidup Hana.. dan detik hitam yang terpaksa Hana tanggung bila abang lafazkan talak ke atas Hana.. "Aku ceraikan Nur hana Zawawi dengan Talak SATU!" abang ingatkan semua ni.. Abang nampakkan Hana menangis dengan lafaz abang tu, tapi apa abang peduli? abang tak kesah semua tu kan?" Hana meluahkan segala yang terbuku di hati..

Muzaffar hanya mendiamkan diri.. Hana pula mula memagang perutnya yang terasa sakit tiba tiba.. Muka Hana semakin berubah pucat.. "Ya Allah, ini petanda ke?" Hana bersuara perlahan.. Muzaffar terdengar rintihan Hana, dia memandang Hana yang sedang menahan kesakitan itu..

"Hana..? Are you okay?" soal Muzaffar.. Secara tidak sengaja, Hana menggenggam tangan Muzaffar..

"Call Fatin.. Please! Hafzar nak keluar dah ni!" Hana cuba berkata kata walaupun payah! Muzaffar terus call Fatin yang berada di zon kelahiran.. Fatin datang dengan beberapa orang pembantu membawa Hana ke ruang bersalin..

"Why Fatin? She ready to....?" soal Muzaffar.. Fatin hanya mengangguk.. 

"abang! tolong temankan Hana.. Please.. untuk kali pertama dan terakhir ini.." Hana membisikkan hasrat hatinya di telingan Muzaffar.. Muzaffar hanya mengangguk..

Hana mudah melahirkan zuriat dia dan Muzaffar. Mungkin setelah banyak dugaan dan ujian melanda. Allah memudahkan Hana dalam proses melahirkan zuriat mereka. Keadaan Hana sangat lemah.. Hana diberikan bantuan oksigen namun bayi mereka sangat sihat.. Muzaffar hanya duduk disamping Hana yang keletihan dan kelemahan..

"Muzaffar.. Your hero.. Hazfar!" Fatin datang menghulurkan bayi lelaki yang sangat comel. Ada sedikit mirip mama dan papanya..

"Hazfar?" Soal Muzaffar..

"Yes! Hazfar, your son.."
"sesuka hati you je letak nama dia Hazfar.."

"opsss! Not me but his mama. Your ex-wife.." Muzaffar teringat sesuatu. Cebisan kertas tu.. Muhammad Hazfar Bin Muzaffar! Maknanya Hana dah lama mengandungkan anak kami.. Kenapa aku tak tahu? Bodohnya aku!

"Muzaffar....talak dah jatuh. Anak kita dah lahir. Kita dah sah bercerai.." Hana tiba tiba bersuara..

"Hana.. abang nak Hana semula.." Hana hanya buat tak faham. Keadaan hana sedikit pulih. Hana bangun dan bersandar di kepala katil. Hazfar, Hana ambil perlahan-lahan..

"sayang mama....mama sangat sayangkan Hazfar" Hana mengucup dahi dan pipi Hazfar. Muzaffar hanya merenung.. "Abang..ini bukti cinta dan sayang Hana untuk abang.. inilah harta yang paling berharga yang Hana pernah ada. Bukan harta benda tapi waris yang abang mahukan.." Hana bersuara lembut..

"Jaga Hazfar sebaik baiknya ye.." Hana menyambung.. "Hazfar hanya ada abang je lepas ni. Hana tak mampu untuk jaga dia. Cukuplah Hana hanya jaga dia selama 9 bulan selama ini. abang jagalah dia, didik dia jadi anak yang baik.. Walaupun abang ada anak lain nanti. Abang jangan abaikan dia. Ini bukti sayang dan cinta Hana buat abang.." Hana menyerahkan Hazfar kepada Muzaffar dan baring semula..

"Hana, abang nak jaga Hazfar sama sama dengan Hana.. Abang sayang Hana.." Hana mengalirkan air mata sambil menggeleng.. Perlahan-lahan mata Hana tertutup..

"Hana! Bangunlah.. Jangan tidur.. Abang nak jaga Hazfar sama sama dengan Hana!" Suara Muzaffar semakin tegas namun ada air mata yang mengalir. Hana tetap sunyi dalam tidurnya.. Fatin datang untuk memeriksa keadaan Hana. Fatin melihat Muzaffar menangis dan memujuk Hana untuk bangun.. Fatin mula risau dan terus memeriksa keadaan Hana.. Tubuh Hana sejuk, nadinya tidak lagi bergerak.. 

"Muzaffar....Hana dah tak ada.." Fatin memberitahu Muzaffar dengan nada perlahan.. Tak mahu menganggu emosi Muzaffar..

"Tak mungkin! Dia baru je cakap dengan I tadi! Dia suruh I jaga Hazfar. Fatin. You jangan nak tipu I. Hana still alive! You lie me right?" Muzaffar tak dapat menerima kenyataan..

"Tak! I tak tipu you! Hana betul betul dah tak ada.. You kena terima semua ni" Fatin cuba menenangkan Muzaffar..

selepas pengebumian Hana....

"Hazfar....rupa-rupanya manusia hanya menghargai bila orang yang disayangi tu dah tak adakan? papa macam tu, kan sayang? Papa biarkan mama sorang sorang jaga sayang.. Tanpa papa ambil tahu keadaan mama. sekarang? papa menyesal. patutlah mama dulu peluk papa macam tak mahu lepas. patutlah mama ajak papa tengok Hazfar lahir. mama kata tu untuk kali pertama dan terakhir papa tengok mama lahirkan zuriat papa. Hazfar, papa akan tunaikan permintaan mama untuk jaga Hazfar, didik Hazfar dan Hazfar pun kena janji untuk jadi anak yang baik ye sayang?" Muzaffar mencium dahi dan pipi Hazfar dengan penuh kasih. Airmata mengalir tanpa henti. Muzaffar suka merenung mata Hazfar kerana mata Hazfar mirip mata Hana. mata yang dulunya Muzaffar akan renungi setiap saat bersama-sama Hana..

moral of the story : Jangan terlalu memikirkan kehendak sendiri. Fikirkanlah tentang perasaan pasangan yang setia menanti setiap saat. Jika kamu wahai kaum Adam, tidak dikurnakan dengan zuriat, fikirkan jugalah perasaan Si Hawa yang terlalu rendah diri kerana tidak mampu melahirkan zuriat buat kamu.. semua itu ada hikmah disebaliknya.. Allah sedang menguji kamu.. Jika kaum Hawa mampu bersabar, kenapa kamu sebagai kaum Adam tak boleh melalukan perkara yang sama? renung renungkan..

You Might Also Like

4 comments

  1. thanks ye sayang :) best ? alhamdulillah . hehe ;)

    ReplyDelete
  2. jyeaah ! best la hani . sedih and jujur aku menangis time baca . tahniah (: *thumbs up*

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...