Nukilan cerpen 'Itulah Takdir Kita'
June 09, 2011Sewaktu Alia membuat persiapan terakhir .. memandangkan esok dia akan sambung belajar semula pada semester yang kedua selepas cuti semester yang per tama di UiTM Shah Alam......mata Alia betul-betul tertancap pada sebuah kotak berwarna merah jambu....benar-benar mencuri perhatiannya saat itu dan pelbagai kenangan yang tersimpan di sebalik kotak itu....perlahan-lahan Alia mendekati kotak itu dan membawanya ke dalam dakapan....Alia cuba mengingatkan kembali saat-saat indah di sebalik kotak merah jambu itu....terbanglah Alia menyelinap di sebalik kenangan lampaunya....
Alia terperanjat apabila mata dia ditutup dari belakang secara tiba-tiba....dia cuba untuk menjerit tapi mulut dia pula yang ditutup....tak keruan dibuatnya....
“sssyyyy.....diam....jangan la menjerit pulak ..” pinta Ikhwan seperti memujuk namun ada sisa tawa pada nadanya....dan perlahan-lahan Ikhwan meleraikan perbuatannya..
“Wan ! kenapa buat macam tu ? naik semput tahu tak....terkejut juga tau....” suara Alia sedikit keras tapi melihat wajah Ikhwan yang selamba tu membuatkan Alia tak jadi untuk terus marah..
“marah ke ? jangan la marah....erm....Wan ada benda nak bagi ni tau..msti Alia tak marah lagi lepas ni....kan....”
“apa benda tu..?” soal Alia tidak sabar .. perlahan-lahan Ikhwan mengeluarkan kotak yang berwarna merah jambu....bukan kotak cincin tapi sebuah kotak segi empat....sedikit besar yang menimbulkan tanda tanya pada Alia....
“tengok la apa isinya....” ucap Ikhwan sambil menghulurkan kotak tadi....pemberian Ikhwan di terima Alia dengan baik....Alia membuka kotak tu....muka Alia berona-rona merah dan tampak berseri-seri....manakan tidak....kandungan kotak itu tadi adalah seutas rantai....loketnya berbentuk hati dan terukir huruf I&E....cantik dan berwarna silver....Alia memandang Ikhwan dengan muka sedikit terharu....
“Cantik tak ? Ni sebagai tanda cinta kita tau....Alia kan dah nak pergi sambung belajar balik....Wan pun sama....tempat kita belajar berbeza .. tapi kita tetap sama di alam cinta dan ini bukti yang Alia milik Wan....” ucap Ikhwan dengan romantis di telingan Alia sambil menekapkapkan tangan Alia di dadanya kemudiannya pula mengkalungkan rantai tadi di leher Alia....
“thanxs Wan....Alia akan jaga rantai ni sebaik-baiknya....rantai ni umpama nyawa Alia sendiri tau....” janji Alia di sambil menyentuh rantai di lehernya....
Lamunan Alia berterbangan apabila kotak tadi terjatuh dari dakapannya....tanpa disedari pipi Alia sudah dibasahi air matanya....ternyata semua itu hanyalah kenangan lampau....semuanya sudah berakhir sebulan yang lepas....segala impian untuk membina kehidupan bersama-sama di masa depan hancur menjadi debu dengan kehadiran insan ketiga antara mereka....seorang gadis yang berjaya mengetuk pintu hati Ikhwan dan Ikhwan telah membuka pintu hatinya untuk gadis itu......Sofea....gadis yang benar-benar bertuah kerana berjaya membuat Ikhwan melupakan janji-janji manisnya terhadap Eka....
“Ikhwan....kita nak buat apa kat taman ni..?” soal Alia sedikit hairan bila Ikhwan memberi tahu untuk bertemu dengannya tapi di bawa seorang gadis bersamanya....
“Duduk la dulu Lia....Lia ingat tempat ni lagikan..?” ucap Ikhwan....Alia mengangguk...takkan pernah Alia melupakan tempat ini kerana di sinilah Alia di lamar oleh Ikhwan untuk menjadi suri di hatinya..
“Mestilah Lia ingat....banyak kenangan kita kat sini Wan....kat sini la hati kita bersatu..”
“benar Lia....tapi....maafkan Wan untuk kali ni Lia....bersaksikan tempat yang kita anggap tempat penyatuan kita dan bersaksikan Sofea....kita terpaksa melepaskan hubungan kita yang dah hampir tiga tahun ni....”
“maksud Wan apa..? Lia tak fahamlah..”
“Wan dah tak ada hati dengan Lia lagi....maafkan Wan..Sofea....dia yang dah berjaya mengambil hati Wan....”balas Ikhwan lagi....terdapat sedikit titisan air mata dari Alia....namun Alia sedaya upaya untuk menghapuskan air matanya....suasana di taman tu begitu tegang....Alia melihat wajah Ikhwan dan seterusnya Sofea....lantas bersuara..
“baiklah....kalau itu yang Ikhwan mahukan....Alia akan turut....” ucap Alia sambil menanggalkan rantai yang pernah di pakainya dulu atas pemberian Ikhwan.... “sekarang....rantai ni bukan milik Lia lagi....di milik seseorang yang akan bersama-sama dengan Ikhwan Yazer tu....Alia dah rawat rantai tu sebaik-baiknya dan sekarang adalah masanya untuk rantai ni bersama tuannya semula....”
Alia memberi rantai tadi kepada Ikhwan dan beredar dari situ secepat mungkin....tak tahan menanggung kesakitan yang sangat perit itu....
“siapa yang perlu di persalahkan dalam hal ni ? salah aku ke kerana jauh dari Ikhwan....atau salah Ikhwan yang mudah melupakan janji dia....mungkin juga salah gadis itu kerana merampas Ikhwan dari aku....takkkkkkk ! salah Ikhwan sebab mudah menyerahkan hati pada orang lain sedangkan diri sudah ada hak milik ! sumpah ! aku masih kesal dengan apa yang Wan buat kat aku .. aku tak sangka ini yang aku dapat....terima kasih Ikhwan....” kata-kata terakhir Alia terucap perlahan antara dengar dan tidak....
Kini dia di alam nyata....Alia melihat kotak merah jambu yang sudah tiada isinya lagi....yang ada hanya lah titisan air mata dari mata Alia yang menitis ke dalam kotak itu.... “tak sangka aku akan sendirian di sini tanpa dia....tak pernah aku bayangkan diri aku begini....terasa kosong dan lemah....” bisik hati Alia....tanpa di sedari Alia sudah di buai mimpi bersama sisa air matanya....
Keesokannya Alia pergi ke kuliah seperti biasa dan yang membezakan dirinya hanyalah status dan tahun yang baru....dan juga satu rahsia yang tidak seorang pun tahu tentang apa yang di rahsiakan....Alia melangkah ke dewan kuliah dengan langkah yang sedikit perlahan....bukan kerana hati yang merana membuatkan Alia lemah sebegitu tetapi ada sesuatu yang lebih membebankan badannya saat itu....
Selepas Ikhwan memberi kata putus untuk memutuskan hubungan antara mereka bersaksikan Sofea..kekasih baru Ikhwan....Alia tekad untuk merahsiakan perkara yang penting bagi dirinya....sakit yang Alia alami iaitu buah pinggang....Alia tidak memberitahu sesiapa pun tentang hal itu....dan dia hanya mahu berkongsi bersama Ikhwan....ketika ada kesempatan....ternyata dia sudah di buang jauh dari hati Ikhwan....hancur luluh hati ketika itu seperti di tusuk sembilu..namun apakan daya....itulah takdirnya....
“Alia....kau ok ke tak ni..?” soal Syahsya di sampingnya....melihat wajah Alia yang memucat dan tidak bermaya membuat Syahsya menjadi tertanya-tanya......
“ok aje Sya....thanxs sangat sebab ambil tahu hal aku..”
“eh....kau kenapa....aku tanya macam tu pun nak cakap thanxs..? pelik la kau ni ..”
“errr....aku ok la .... saja cakap macam tu....” pintas Alia cuba untuk berselindung sedih di hati....Syahsya memang kawan baik Alia dari mula-mula belajar di situ lagi tapi tidak semua cerita di kongsi bersama....
“Alia....kita kena buat research dekat luar tau....maksud aku dekat universiti lain tau....kau kena cari mentor untuk benda ni dan kena buat pilihan universiti mana dan jurusan apa yang kau nak kaji yang penting dalam bentuk sains juga tau....” jelas Syahsya panjang lebar..
“ye ke..? kenapa aku tak tahu ni ? ni yang tak suka ni ?”
“kau mesti tak baca memo kat lobi kan ? tu lah kau....malas sangat nak baca memo tu....”
“aku malas la nak menapak ke sana....jauh tau”
“banyak la kau punya jauh....dekat je kan....keluar dewan ni pun kau dah nampak....pemalas betul..ish....” omel Syahsya....kedengaran Alia melepaskan ketawa kecil dari bibir comelnya..
“kalau macam tu kau teman aku jumpa pensyarah la....aku nak tahu siapa yang akan jadi mentor aku dalam hal ni....boleh kan Sya....” rayu Alia dengan suara manja kepada Syahsya...
“okey....aku teman kau tapi aku tak nak masuk bilik Puan Sarah ye....kau masuk sendiri....boleh tak..?”
“boleh la dari kau tak teman langsung....” suara Alia sedikit merajuk....tapi Syahsya membiarkan saja rajuk Alia tu....saja nak kena kan budak seorang ni....haha..bisik Syahsya dalam hati..
Alia mengetuk pintu bilik Puan Sarah sambil membuka sedikit pintu bilik itu....kelihatan ada susuk tubuh seorang lelaki yang berusia lingkungan 40an....Alia dapat mengagak milik susuk tubuh itu....dia adalah Pengarah UiTM Shah Alam....namanya Encik Yazer....orang yang sangat ditakuti dan dihormati oleh Alia dan semua orang di situ.... dia juga ayah kepada Ikhwan....
“Yes Alia....masuklah..” jemput Puan Sarah....Alia mengangguk sambil masuk ke dalam bilik itu....Alia menyalam Puan Sarah dan sedikit tunduk tanda hormat pada Encik Yazer....
“Puan...saya nak tahu siapa yang akan jadi mentor saya nanti ye..?” soal Alia tanpa membuang masa
“kebetulan sangat awak datang dan tanya soalan tu..mentor dan mentee dah ada di sini jadi saya tak perlulah cari awak merata-rata” jawab Puan Sarah sambil mengukir senyuman..Alia sedikit kebingungan dan melihat kepada Encik Yazer yang turut mengukir senyuman....
“maaf Puan....Lia tak faham la..boleh Puan terangkan ?” soal Alia kembali kepada Puan Sarah..
“macam ni Lia....Encik Yazer akan menjadikan awak sebagai mentee dia sebab tu dia ada di sini..dan dia sendiri yang memilih awak....”terang Puan Sarah....Alia sedikit termanggu dengan kenyataan itu....manakan tidak....kalau dulu Encik Yazer yang menentang keras hubungannya dengan Ikhwan malah menjadikan dirinya seperti musuh tapi tidak lagi sekarang....mungkin dia sudah tahu yang Alia tidak berhubungan lagi dengan Ikhwan..
“kenapa Alia? Tak senang dengan saya ke ?” soal Encik Yazer kerana melihat Alia hanya mendiamkan diri dari tadi....
“eh....tak adalah encik....saya terima saja siapa yang jadi mentor saya..”balas Alia.. “lagi satu Alia....awak pernah mengisi boring mentor mentee dan awak cuba untuk meminta pensyarah lelaki berpangkat ayah untuk menjadi mentor awakkan....permintaan awak tu menarik perhatian saya dan Encik Yazer juga....” sambung Puan Sarah sambil tersenyum kembali....Alia hanya tersenyum manis....tiada apa yang mampu di perkatakan melainkan ucapan terima kasih....selepas pertemuan itu, Alia meminta izin dan kelaur untuk ke kantin bagi mengisi perut..
Selepas kelas Biologi Alia tamat....Alia keluar dari dewan pembelajaran sambil berjalan beriringan dengan Syahsya....Alia sedikit terkedu apabila namanya di seru seseorang apabila dia keluar dari mulut dewan untuk pulang....makin mendebarkan jiwanya apabila orang yang dilihatnya adalah Encik Yazer....
“ye Encik Yazer....ada apa-apa yang boleh Alia tolong ke ?” soal Alia sedikit sopan
“Saya nak bincang soal research kita nanti tu..saya nak tahu Alia nk kaji tentang apa....boleh?” soal Encik Yazer kembali..
“boleh....tapi saya tak tahu nak kaji tentang apa lagilah encik....”
“apa kata kita bincang sekarang....sekarang baru pukul 3.00 petang....masa masih panjangkan..”ucap Encik Yazer....Alia memandang kepada Syahsya di sampingnya..Syahsya hanya mengangguk faham dan mengambil keputusan untuk meninggalkan Alia bersama Pengarah UiTM tu saja....
“okey juga....saya ikut aje lagi pun hari ni saya tak ada program lain”
“kalau macam tu....marilah ikut saya ke bilik pengarah....” jemput Encik Yazer....Alia hanya menurut tanpa sebarang bantahan....sampai di bilik pengarah....Alia berbincang dengan Encik Yazer....kelihatan Encik Yazer bersungguh-sungguh dengan perbincangan itu yang membuatkan Alia bertambah semangat....pelbagai jenis bidang di bawah naungan sains yang Encik Yazer tunjukkan kepada Alia supaya mudah untuk Alia memilih mana yang sesuai dan mudah di kaji....Akhirnya Alia dan Encik Yazer membuat keputusan yang sama iaitu untuk mengkaji tentang ‘computer engineering’
Tepat jam 5 petang....Alia dihantar sendiri oleh Encik Yazer pulang ke rumah sewanya di berhampiran dengan UiTM Shah Alam....setelah meminta izin dan mengucapkan terima kasih....Alia keluar dari kenderaan milik Encik Yazer lalu masuk ke dalam rumahnya....
Semakin hari hubungan antara Alia dengan Encik Yazer semakin rapat....kadang-kala Encik Yazer membawa Alia pulang ke rumahnya dan memperkenalkan kepada isteri Encik Yazer dan anak-anaknya....Layanan Encik Yazer dan keluarganya terhadap Alia kelihatan ikhlas dan hati Alia sedikit terubat kerana dia masih dapat merasai kasih sayang seorang ayah dan seorang ibu kerana dia di besarkan oleh kakak-kakaknya....kerana ibu dan ayah Alia sudah meninggal sejak dia kecil lagi....
Selepas makan tengah hari di rumah Encik Yazer....Alia kembali semula ke kampus bersama Encik Yazer kerana dia ada kelas petang....Alia menyalam Puan Hanani iaitu isteri Encik Yazer.... sepanjang perjalanan....Keadaan dalam kereta Encik Yazer sunyi tanpa sebarang suara melainkan bunyi radio yang berkumandang dari tadi....tiba-tiba Encik Yazed memecahkan kesunyian....
“Alia....saya dengar Alia sudah tiada ayah dan ibu....betul ke tu ?” soal Encik Yazer
Alia hanya tersenyum lalu menjawab soalan tu dengan selamba “betul encik....ibu dengan ayah saya dah meninggal sejak saya sekolah rendah lagi..”
“sudah lama ya....sekarang Lia tinggal dengan siapa?”
“saya tinggal dengan kakak saya....mungkin lepas belajar saya akan duduk sendiri”
“habis tu....siapa yang tanggung pembelajaran Lia ni..?” soal Encik Yazer lagi..
“saya dapat GPA....tapi saya kerja ‘part-time’ juga sebab kakak saya tak mampu nak tanggung saya belajar dekat kampus ni....”
“owh....macam tu....Lia kerja juga la lepas kelas ni....mesti penatkan....macam mana bila research kita dah mula nanti....Lia mungkin tak ada masa nak kerja....”soal Encik Yazer kembali....Alia hanya terdiam memikirkan jawapannya....itulah yang sering dia fikirkan....macam mana dia nak makan hari-hari tapi jika di kejarkan pasal kerja tu....keputusan peperiksaannya nanti pula tergadai..
“mungkin saya akan berhenti seketika atau cari kerja lain waktu malam....” jawab Alia
Hari ni adalah hari yang di tunggu-tunggu oleh pelajar sains kerana hari ni mereka semua akan ke universiti luar untuk membuat kajian tentang kerjaya sains yang di pilih oleh mentor dan mentee....tidak terkecuali juga Alia....hari tu di namakan ‘science reaseach days’ . program itu akan berlangsung selama 3 minggu bermaksud pelajar-pelajar yang terpilih akan berada di universiti luar selama 3 minggu untuk menjalankan ujikaji bersama mentor masing-masing....
Hari itu Alia memakai baju yang di belikan oleh Encik Yazer....baju muslimah yang berwarna merah jambu....dipadankan dengan memakai tudung sedondon dan seluar jeans hitam beserta beg simpang berwarna hitam yang di pakainya....selepas majlis perasmian itu berlangsung....semua mendapatkan mentor masing-masing untuk memulakan kajian....
Alia pergi mendapatkan Encik Yazer....muka Alia sedikit memucat dan terasa sedikit sakit di pinggangnya.....sejak semalam dia merasa sakit-sakit tapi cuba untuk menguatkan semangat supaya dia dapat menghabiskan hari kajian itu dengan sempurna....
“Alia....okey tak ni? Kenapa muka pucat..? Alia demam ke..?” soal Encik Yazer..jelas kelihatan wajah kerisauan di mukanya..
“Lia okey aje encik....tak demam pun....sihat aje..” balas Alia dengan sedikit senyuman....
“Kalau macam tu....jom la kita pergi sekarang....UKM menanti kita tau..”ucap Encik Yazer...Alia hanya mengangguk....
Sampai di sana....Alia dan Encik Yazer di sambut baik oleh pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar dari bidang ‘computer engineering’ di Universiti Kebangsaan Malaysia....semua nampak sopan dan ramah dengan Alia membuatkan Alia rasa senang di sana....Alia tercari-cari kelibat seseorang....Ikhwan....tapi tidak kelihatan sejak tadi....mungkin dia tak masuk dalam program ni....bisik hati Alia..
“Alia....ayah tinggalkan Alia dengan mereka ye....tapi jangan risau..ayah ada dekat sini juga..kalau ada apa-apa, telefon ayah tau..” ucap Encik Yazer sambil melihat wajah Alia....Alia sedikit terkejut dengan panggilan ‘ayah’ yang baru saja keluar dari mulut Encik Yazer....”kenapa ni Lia..? tak selesa ke dengan panggilan ayah tu..?” soal Encik Yazer.. “eh....tak la encik....Lia okey aje..” balas Alia sambil tersenyum..
“kalau macam tu ayah pergi dulu ye..” Encik Yazer masih menggelarkan dirinya ‘ayah’ walaupun Alia masih memanggilnya ‘encik’ . mungkin Alia masih tak biasa....biarlah....
Suasana di UKM tiada bezanya dengan suasana di UiTM....yang membezakan dirinya hanyalah tempat dan kawan-kawan baru yang ramah terhadapnya....Alia masuk ke dewan belajar bersama-sama dengan pelajar ‘computer engineering’....Alia sedikit malu kerana kebanyakan pelajar di situ lelaki dan perempuan dalam kelas tu sungguh sedikit....tapi cuba di sembunyikan perasaan malu itu..
“Alia....duduk la kat sini....kat sini masih kosong..” panggil seseorang
“owh....ye ke..? saya Alia duduk sinilah ye..” balas Alia sambil melabuhkan punggungnya....
“Saya Hazim....pelajar computer engineering juga....” Hazim memperkenalkan diri..
“saya pulak Alia....dah kenalkan....”balas Alia lagi dengan senyuman..
Alia merasa ada seseorang yang duduk di sebelahnya....tapi Alia hanya berdiam diri kerana dia sudah dihimpit kaum Adam di kiri dan kanannya yang membuatkan dia malu namun cuba untuk menyesuaikan diri....tiba-tiba Hazim bersuara “oii Wan....asal kau lambat ha..?”
“aku pergi jumpa ayah aku la tadi....dia ada dekat sini” balas lelaki yang dimaksudkan ‘Wan’ oleh Hazim dengan nada tercungap-cungap
“owh..baru tau....ni la.. Alia.. student research computer engineering tu....” Hazim memperkenalkan....Alia memandang kearah lelaki yang di maksudkan..mahu gugur jantungnya apabila melihat Ikhwan yang berada di sampingnya....namun Alia berlagak sepertia biasa.. “hey....saya Alia....” ...... “Ikhwan....” balas Ikhwan pendek.. Alia hanya mangangguk..
Selesai kelas waktu pagi....Hazim mengajak Alia untuk minum di kantin....Alia setuju dengan ajakan Hazim itu....Hazim memang seorang yang peramah....kebetulan juga Ikhwan adalah kawan baik Hazim....Ikhwan mengikut jejak Hazim dan Alia... kedengaran Ikhwan berkata-kata dengan seseorang....Alia cuba menoleh kebelakang dan melihat Ikhwan dengan Sofea...
Terasa hati Alia seperti ditoreh-toreh namun dia hanya bersikap selamba....sampai di kantin....Alia terlihat Encik Yazer di sana.... “ Hazim....Lia nak pergi jumpa mentor Lia kejap ye..” ucap Alia...Hazim hanya mengangguk....
“Encik Yazer....” sapa Alia sopan....kelihatan Encik Yazer bersama dengan Pengarah dari UKM..mungkin membincangkan pengurusan universiti..
“Lia....duduk la....macam mana dengan kelas tadi....dapat apa yang di sampaikan..?” soal Encik Yazer
“okey aje encik....seronok sebab budak-budak dia peramah juga....owh ye.. Ikhwan pun ada juga..”
“mana dia..? panggil la duduk sini..”
“eh..tak apa encik....ada kawan yang lain juga....encik cerita-cerita la dengan kawan encik ni ye..” ucap Alia dengan nada gembira....
“Alia....ambil ni....pergi la makan..” Encik Yazer member wang RM10 kepada Alia....Alia cuba menolak tetapi Encik Yazer memasukkan wang tadi di dalam beg Alia.. Alia hanya senyum dan berlalu dari situ..
Semua tingkah laku Alia diperhatikan oleh Ikhwan....jelas kelihatan Alia semakin rapat dengan ayahnya....tapi sayang....hatinya sudah menjadi milik Sofea....Tapi Ikhwan terasa sedikit perbezaan pada diri Alia....wajahnya sedikit memucat dan badannya semakin susut dan nampak dia seperti orang kurang sihat....Alia duduk di samping Hazim sambil membawa roti john..isinya hanya roti, sausage, salad dan sos cili....air yang Alia minum pula cuma air kosong yang dibawa dari rumah..
Ikhwan sedikit hairan dengan cara pemakanan Alia....setahunya.. Alia tidak suka makan sayur-sayuran....dan lebih menghairankan lagi....Alia sudah pandai membawa bekalan air dari rumah sedangkan selama ni Alia suka dengan air manis....Tapi Ikhwan mengabaikan semua tu....untuk apa perlu di perhatikan lagi....Alia bukan milik aku lagi..
“Wan....Sofea ada perbincangan kumpulan dengan Hazim....mungkin kita jumpa lepas kelas petang nanti” ucap Sofea manja pada Ikhwan..
“okey....jaga diri tau..Sofea nak pergi sekarang ke..?”
“yup! Nak pergi sekarang la.. Wan dengan Lia tak apa-apakan? jom Hazim”.........Hazim hanya mengangguk..Hazim dan Sofea berlalu dari situ.. Ikhwan memandang ke arah Alia yang sedang menulis sesuatu....Ikhwan dengan selamba bertanya.. “Lia buat apa tu..?”
“tak ada apa....Cuma tulis apa yang Lia dapat tadi dalam dewan..” jawab Alia tanpa memandang ke arah Ikhwan....
“lepas ni nak pergi mana..? sementara nak tunggu petang..sekarang baru pukul 10.00pagi .. nk tunggu kelas pukul 3.00 petang..lama tu..” soal Ikhwan..
“Lia tak kesah....mana aje la yang Wan rasa okey..” jawab Alia sambil memasuk kan barang-barangnya ke dalam beg.... “pergi bilik muzik nak tak..?” soal Ikhwan lagi..
“okey juga tu....” balas Alia....mereka pun beredar dari situ..
Ikhwan membuka pintu bilik muzik dan masuk kedalamnya....Alia hanya mengikut dari belakang....besar bilik muziknya....alatan muzik pun banyak....Alia ternampak piano yang terletak betul-betul di tengah bilik muzik tersebut....cantik....
“Wan....Lia nak main piano tu boleh tak..?” soal Alia sambil matanya tak lepas dari memandang piano itu dari tadi..
“pergi aje la....tak ada orang marah pun....” balas Ikhwan
Alia duduk di bangku yang sedia ada di piano tersebut....jari Alia mula mencari note-note di situ....Alia mula mengalunkan nada kegemarannya.... Canon In D....perlahan-lahan Alia memainkan piano itu membuatkan Alia terbang sebentar dengan alunan Canon In D....merdu bunyinya....Ikhwan yang mendengarnya juga turut terkesima dengan nada itu....tak sangka Alia dapat bermain dengan baik....lagu kegemaran Alia....juga lagu kegemarannya....lagu itu adalah lagu mereka sewaktu di zaman percintaan mereka....namun semuanya hanya tinggal kenangan....
Alia terbangun dari lamunannya yang terbang bersama alunan piano tadi....terasa ada air yang mengalir di pipinya....Aku menangis..? ish....boleh pulak nak menangis kat sini....bisik hati Alia lalu mengelap air matanya..Ikhwan hanya menjadi pemerhati yang duduk bersebelahan dengan piano itu....
Alia bangun dari tempat duduknya kerana terasa lenguh di pinggang dan rasa sakit-sakit..dia teringat yang dia masih belum makan ubat....Alia mencari-cari ubat miliknya di dalam beg....lalu menelannya dengan pantas dengan harapan Ikhwan tidak menyedari tindakannya....
“ubat apa tu Lia..?” soal Ikhwan tiba-tiba
“err....panadol aje....sakit kepala la tiba-tiba” Alia cuba berdalih
“dah tahu makan ubat rupanya ya....setahu Ikhwan Lia tak suka makan ubat” jawab Ikhwan sedikit aneh dengan segala tingkah laku Alia....Alia hanya tersenyum tanpa banyak bicara....
Selesai kelas hari itu....Alia pulang bersama-sama Encik Yazer....sepanjang hari pengkajian itu berlangsung....Encik Yazer meminta Alia duduk bersama-sama dengan keluarga Encik Yazer tapi Ikhwan tidak duduk bersama kerana dia menyewa dengan teman-teman yang lain bagi memudahkan pembelajarannya....
Keesokannya Alia meneruskan kajian di UKM....hari demi hari Alia semakin biasa dengan keadaan di situ....tapi hari demi hari juga terasa dirinya semakin lesu dan lemah....tapi di kuatkan juga agar tiada apa-apa masalah yang berlaku selama dia di UKM....Ikhwan juga akan menghabiskan masa dengan Alia pada waktu rehat sampai kelas petang tiba....Sofea..kekasih hati Ikhwan selalu menghabiskan masa bersama Hazim dengan alasan ada perbincangan kumpulan....
Makanya....masa Ikhwan banyak bersama Alia namun Alia dapat merasakan yang Ikhwan bersikap dingin tehadapnya....namun Alia mengabaikan semua itu....Alia lebih suka membuat kerja sendiri....dan menulis serba sedikit kajian yang di perolehinya....
Hari tu hari terakhir Alia di UKM....Alia mendapatkan beberapa orang kawan dalam bidang computer engineering untuk menjawab serba sedikit borang soal selidik....kemudian Alia ada jamuan sedikit selepas kelas tamat....Encik Yazer ada juga bersama Alia....Alia terasa sayu untuk meninggalkan UKM kerana dia berasa selesa di situ....mungkin kerana adanya Ikhwan....namun apakan daya....Ikhwan hanya masa lalunya saja....selepas selesai menjamu selera....Alia bangun dan menyalam semua rakan-rakannya di situ....terasa sayu yang teramat..banyak juga hadiah yang dia dapat....seronok juga hatinya....
Pagi itu....Ikhwan mendapat panggilan telefon dari kawannya Hazim....Hazim dan Sofea berada di Jabatan Agama Islam....Hazim dan Sofea di tangkap basah.... “apa dah jadi ni...Sofea....korang tak ada akal ke..? buat kerja terkutuk ni....selama ni korang kata nak pergi buat perbincangan kumpulan tapi korang pergi buat kerja tak senonoh ni pulak ye..” ucap Ikhwan dengan nada sebak....gadis yang di anggap sempurna di matanya telah menghancurkan hatinya....
“Wan....marah Sofea lagi ke..?” pujuk Sofea sambil menyentuh tangan Ikhwan..
“kau jangan sentuh aku! Aku jijik dengan kau..mulai hari ni kita tak ada apa-apa hubungan lagi!” bentak Ikhwan lalu meninggalkan Sofea dan Hazim di situ....
Ikhwan terus meluru keluar dari Jabatan Agama Islam itu....dia terus memandu kenderaannya di tengah-tengah kesibukan kota....tanpa di sedari Ikhwan sudah berada di pintu masuk UiTM Shah Alam....hatinya tergerak untuk kesitu.... “Alia” tiba-tiba mulut Ikhwan tersebut nama Alia....sudah seminggu dia tidak mendengar khabar Alia selepas Alia habis membuat kajian di universitinya di UKM....
Ikhwan memakir kenderaannya lalu keluar dan terus ke bilik Pengarah UiTM Shah Alam....bilik ayahnya juga....Ikhwan mengetuk pintu bilik dan meluru masuk apabila kedengaran ayahnya bersuara dan membenarkan dia masuk..
“ha....kenapa ni Wan....kenapa kelam-kabut aje ni..?” soal Encik Yazer sedikit aneh..
“ayah....Wan nak jumpa Lia boleh tak....”
“nk jumpa Lia..? kenapa tiba-tiba aje..? bukan ke Wan dan tak ada apa-apa dengan Lia lagi..”
“Wan nak jumpa dia ayah....Wan nk dia dengan Wan balik....Sofea dia tipu Wan....dia khianat Wan”
“Alia Mustafa tu bagi Ikhwan Yazer macam barangkan....kalau nak di ambil dan di belai....kalau dah bosan..di campak dan cari baru....senang kan Wan mempermainkan hati dia....”
“Ayah....Wan tahu semua tu salah Wan...Wan tak pernah hargai dia....tapi Wan nk sangat jumpa dia ayah....Wan merayu pada ayah....tolong Wan ayah...” merayu-rayu Ikhwan pada Encik Yazer..
“baiklah....jom ikot ayah..” Ikhwan mengangguk dan menurut jejak Encik Yazer ke kereta.... “Ayah....kenapa kena naik kereta pulak..?” soal Ikhwan aneh.. “ikot aje kalau nak jumpa Lia..” gertak Encik Yazer....
Makin banyak persoalan yang muncul di benak Ikhwan bila ayahnya membawa dia di bawa ke hospital.... tapi Ikhwan tidak bersuara kerana risau ayahnya marah jika banyak bertanya....Encik Yazer keluar dari kereta di ikuti Ikhwan....sampai di dalam hospital....Ikhwan mengikuti jejak ayahnya.... ‘Bilik Rawatan Pesakit Buah Pinggang’ . Ikhwan makin tidak keruan apabila memasuki lorong yang bertulis tanda tadi....
“Ikhwan....pergilah tengok Alia kat dalam tu....” ucap Encik Yazer dengan nada sayu..Ikhwan hanya mengangguk menurut kata ayahnya....
Melihat sekujur tubuh yang lemah longlai....tubuh seorang gadis yang dulu ceria tapi sekarang hanya mampu baring....Ikhwan menarik pergelangan tangan Alia dan menggenggam kemas....air mata Ikhwan tertitis di tangan Alia....
“Alia....” seru Ikhwan yang membuatkan Alia terbangun.. “Ikhwan kejutkan Lia ke....maaf Lia..” sambung Ikhwan lagi..
“Ikhwan....buat apa kat sini....?”
“Wan nak jumpa Lia...bolehkan....Wan rindukan Lia..”
“nanti Sofea marah..Wan tak takut..?”
“tak....Wan tak ada apa-apa dengan Sofea lagi....dia khianati Wan....sekarang baru Wan tahu....Lia adalah gadis yang setia dengan Wan....maafkan Wan....Lia...”Ikhwan mengkucup tangan Alia dengan penuh kasih....Alia hanya mendiamkan diri.... “dah lama ke Lia ada sakit ni..?” soal Ikhwan..
“sebenarnya masa Wan kata nak tinggalkan Lia dulu....Lia dah ada sakit ni tapi Lia tak jadi nak bagi tahu tentang tu sebab Lia tahu....kalau Wan dengan Lia lagi waktu tu mesti sebab Lia sakit dan bukan sebab Wan masih sayangkan Lia..”
“Lia....maafkan Wan....Wan janji takkan tinggalkan Lia lagi..”
“Maaf Wan....Lia tak rasa janji tu dapat dipenuhi....Lia dah kronik sekarang....bila-bila masa aje Lia akan pergi....Lia dah nak mati Wan....Wan nampakkan keadaan Lia sekarang....Lia dah lemah....” pintas Alia sambil mengesat air matanya....
“Tapi Lia....Wan nk kita sama-sama....tolonglah Lia....kita kahwin nak tak..? kite kahwin ye..Wan nak jaga Lia..” rayu Ikhwan....
“Wan tak menyesal kalau Lia mati lepas kita kahwin nanti..?”
“tak....tak akan menyesal sayang....Wan nak kita ada ikatan sah....” balas Ikhwan bersungguh-sungguh sambil mengkucup dahi Alia....
Setelah selesai majlis akad nikah....Ikhwan mendekati Alia....walaupun hanya akad nikah yang dijalankan dan hanya di katil hospital....itu sudah cukup membahagiakan Ikhwan dan Alia....mereka kini sudah bergelar suami isteri yang sah....
“Alia....okey tak ni..?” soal Ikhwan..
“okey aje....doktor kata....Lia dah boleh balik tau....”
“ye ke....bagus la tu....tak adalah Lia penat duduk sini lagi....” balas Ikhwan.. “ Wan nak balik kejap boleh tak..?” tambah Ikhwan lagi..
“Wan....jangan tinggalkan Lia....Lia nak sama-sama dengan Wan..” rayu Alia....
“Wan nak ambil sesuatu untuk Lia kat rumah....boleh la ye....” rayu Ikhwan....Alia sedikit muncung dan membenarkan Ikhwan untuk pulang....
Malam tu Ikhwan datang membawa susuatu untuk Alia....Sekotak rantai....rantai yang pernah Alia miliki sebelum ini....namun dia sudah pulangkan kepada Ikhwan....tapi hari ini Ikhwan membawa rantai yang sama dan juga rantai yang baru untuk Alia....cantik....ukiran bentuk hati....bezanya..ianya boleh di buka dan ada wajah mereka di dalamnya..
“Lia....sini Wan pakaikan..” pujuk Ikhwan....Alia hanya menurut..
“terima kasih Wan....” ucap Alia.. Ikhwan hanya mengangguk....
“dah la....tidur la Lia....dah malam....esok kita balik ye....”
“Ikhwan....sekejap....Alia nak bagi ni....” Alia menghulurkan kotang yang sudah di balut cantik berwarna merah....Ikhwan menerima dengan senang hati.. “ Wan....buka nanti tau..buka kat rumah..jangan dekat sini....lagi satu....Lia minta maaf atas kesalahan Lia kat Wan dan terima kasih sebab sudi hidup dengan Lia dan berkongsi segala-galanya..” tambah Alia.. Ikhwan hanya mengangguk dan mengkucup dahi Alia penuh kasih..
Ikhwan bangun waktu subuh dan mengejutkan Alia....namun tiada reaksi dari Alia....badan Alia pula semakin sejuk....Ikhwan makin tak keruan....
“Alia....bangun Lia....kenapa senyap aje ni....bangun Lia...bangun!!” Ikhwan sedikit menjerit
Beberapa minit selepas tu....Doktor datang dan mengesahkan Alia sudah meninggal.... Ikhwan seperti orang sasau....menjerit sekuat-kuat hati.... “Aliaaa !!! kenapa cepat sangat Lia pergi....Lia....Wan tak puas hidup dengan Lia lagi lah..”teriak Ikhwan di samping mayat Alia..
Setelah kenduri arwah selesai....Ikhwan ke biliknya dengan wajah yang suram....dia duduk di atas katil yang sudah di hias kerana sangkanya Alia akan pulang tapi sayang....Alia tidak sempat pulang.... Ikhwan terlihat kotak yang dibaluti kertas merah yang Alia memberinya semalam....perlahan-lahan Ikhwan membuka balutan kotak itu dan keluar sepucuk surat..
Ikhwan....suami yang sangat Lia sayangi....kita dah sah jadi suami isteri....bila Wan baca surat ni....Lia dah tak ada kat dunia ni lagi....semuanya tinggal kenangan kita saja....tapi jangan sedih ya....teruskan hidup Wan....carilah gadis yang benar-benar boleh menerima Ikhwan seadanya....dengar dan simpan lagu yang Lia bagi kat Wan ni....Lia dah tulis kan lirik dia sekali....gambar pada hari pernikahan kita tu..simpan elok-elok ya....ni lirik lagu tu.... kisah hati..
Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Selamanya
Ingat Ikhwan....kuatkan semangat....walaupun Lia tak ada di sisi Ikhwan Yazer tapi Alia Mustafa sentiasa berada di hati Ikhwan....Lia akan sentiase menanti Ikhwan di sana....semoga kita bertemu di sana nanti....
Salam sayang..
Alia Mustafa..
Air mata Ikhwan mengalir deras....tak sangka Alia akan meninggalkan dirinya seorang diri sekali lagi....jika dulu Ikhwan yang meninggalkan Alia....tapi kini..Alia yang meninggalkan dirinya....di tinggalkan untuk selama-lamanya.... “mungkin inilah yang di namakan takdir.. Itulah takdir kita.. ini takdir kita Alia....Ikhwan Yazer akan cuba untuk hadapi semua ini dan kita akan bersama di sana nanti Alia....” janji Ikhwan di dalam hati....sambil mendengar lagu yang Alia berikan dan mendakap gambar pernikahan mereka....
Tamat....
Akhirnya selesai juga coretan saya yang ketiga....
harap para pembaca dapat menerima hasil nukilan saya..terima kasih atas sokongan..
hasil nukilan : Hani Suhaila
0 comments