Assalamulaikum.
Ana harap apa yang ana share ni akan bagi manfaat dan
kesedaran buat semua. In Shaa ALLAH. Alhamdulillah hari Jumaat hari tu dah
masuk wad. Siap semua orientasi wad, Clinical Instructor (CI) dah lepaskan kami
untuk buat kerja. Masa tu macam kelam kabut sikit sebab tak tahu nak buat apa.
Nasib baik senior-senior baik dan bagi kerjasama. Tugas kami untuk semester 1
ni Cuma ambil observation (blood pressure, temperature, respiration & pulse), selain tu kena cuci najis
mereka dan selebihnya tolong patient apa-apa yang patut dan kadang-kadang
tolong senior buat prosedur yang kami tak belajar lagi.
Disebabkan hari pertama rasa macam tak tahu nak buat apa
dengan kami dan pinggang sakit sangat sebab kami tak dapat duduk. Jadi, balik
je dari kerja terus list-kan esok nak buat kerja apa dekat wad. Kiranya buat
perancangan supaya objektif untuk esok tercapai. Dan pergi je kerja esok tu,
rasa semangat! Sampai wad je, tulis nama dekat buku terus minta kebenaran nak
solat Zohor. Siap solat Zohor, naik balik wad 7A terus jalan-jalan sementara
nak tunggu pukul 3:00petang nak buat observation.
Pukul 3 petang je terus mula observation dengan senior
semester 2, kak Ainina. Comel sangat kakak niii! Dia pun baik gila! Hehe. Buat
observation sampai habis. Lepas tu ada patient psikiatrik dia buang air besar
atau bahasa medical, kami sebut Bowel Out (BO). Jadi ana pergi dekat patient tu
sementara kakak senior ambil peralatan. Sayu tengok keadaan dia, dah lah ada
masalah mental dan tak henti-henti meragam. Tutup skrin dan cuci BO patient tu
tadi. Sebelum ni dalam kelas asyik fikir “macam mana aku nak cuci BO orang ni.
Geli!,” tapi semalam. Memang bau tu ada, tapi secara tiba-tiba hati jadi cekal.
Relakan bau tu dihidu oleh hidung. Loya? Memang ada, tapi buat tak tahu. Tangan
sibuk pegang tangan patient tu sebab takut dia cabut tiub dekat hidung dia. Dah
siap pakaikan dia pampers, kami kemaskan pesakit tadi bagi dia selesa balik.
Buka skrin terus buat kerja lain.
Lepas Asar, nak dijadikan cerita ada Staf Nurse ni minta
tolong ana dengan seorang sahabat ni buat observation dekat patient Hematologi.
Patient yang ada masalah dengan darah atau erti kata lain, cancer! Unit ni,
mereka nampak ceria dan sihat tapi sebenarnya mereka cancer. Ada seorang adik
ni, dia lelaki. Oh ye, ana jaga wad lelaki. Sambung balik, adik ni dia baru
lepas SPM. Sempat lagi berbual dengan dia. Bila senior ana tanya “adik sakit
apa?,” dia jawab “hepatologitis,” senior tanya lagi “sakit apa tu?,” dia dengan
tenang jawab “kanser,”. Masa tu hati ana dah pilu dah. Semuda ini ALLAH dah uji
dia dengan kanser. Dan cara dia jawab macam dia sakit biasa bukan kronik pun
sedangkan dia tahu pengakhiran hidup dia ialah dengan ‘mati’. ALLAH, rasa sayu
hati.
Lepas dah check adik tadi, kami pergi patient seterusnya.
Sambil tolak troli. Tiba-tiba mak adik tadi datang dekat ana dengan muka dia masih
basah dengan wudhu’ sebab waktu tu dah Maghrib. Dia tanya anak dia demam tak?
Ana jawab “dia tak demam, Puan..,” nampak wajah lega pada muka mak adik tu.
Mereka takut kalau-kalau patient cancer ni demam. Baru ana tahu. Bila mak adik
tadi pergi balik dekat anak dia. Hati ni terdetik, ”kalau aku dekat tempat adik
tadi. Mesti mak aku pun sanggup duduk wad sama-sama dengan aku. ALLAH, terima
kasih sebab kau tak bagi aku ujian sehebat itu. Kau tahu aku tak mampu, sebab
tu kau tak berikan sakit yang membawa maut seperti itu..,”
Patient seterusnya, umur dia 25 tahun. Tak sempat nak tengok
nama. Dia nampak ceriaaa je! Siap tanya “adik tak balik raya ke?,” ana jawab
“tak. Cuti dua hari tak sempat balik lah,” dia kata “tak apalah, berkorban
kan..,” ana angguk je. Ada jugak berbual dengan family patient tu. Ada mak,
adik-adik dia yang lain. Hati terdetik lagi “ALLAH uji mereka dengan
kanser.tapi mereka masih mampu ceria. ALLAH uji aku jauh dari keluarga, aku dah
homesick gila! Sangat tak berpatutan cara aku selama ni sedangkan mereka di uji
lagi hebat..,” insaf.
Balik kerja pukul 9:00pm. Sampai kolej pukul 10:00pm, terus
kemaskan diri dan solat. Tiba-tiba hati teringat adik tadi. Rasa sayu. Atas
hamparan sejadah sedekahkan Al-Fatihah buat adik tadi dan patient-patient ana
yang lain, air mata mengalir. Ye, air mata yang ditahan-tahan dari wad tadi.
“masa depan awak masih panjang dik..,” hati terdetik. “kau sangat kuat. Semoga
ALLAH menguatkan dirimu dan menabahkan ibumu dik..,” terbisik ayat tu dari
bibir.
Tak cukup dengan tu, cari Izzati. Toilet-mate ana. Ana
cerita pada dia sambil menangis-nangis. Dia kata “lembut sangat hati hani ni..
ALLAH nak uji dia..,” lepas tu ana siap-siap dan terus tidur.
Bangun pagi ni, terasa nak share dekat blog. Nak jadikan
ianya satu kenangan abadi sambil berda’wah. Mari, sedekahkan Al-Fatihah pada
adik tadi dan patient-patient yang ana jaga ni. Semoga mereka sembuh dan jika
mereka tiada harapan untuk sembuh. Harapnya mereka diberi kekuatan untuk
menempuh dugaan ALLAH dan ahli keluarga mereka juga diberikan kekuatan dan
ketabahan. In Shaa ALLAH. ameennnn!
tiba-tiba rasa bersyukur sebab ALLAH tetapkan ana untuk menjadi nurse. ada hikmah di sebaliknya :') Ya Rabb, Syukron!
Pencinta Jihad, Bakal Syahid
05/10/2014 – 12:07pm